USAHAWAN NADI 2024

Nama : Nurhidayah Binti Mohamed
Umur : 36 tahun
Ahli : Feb 2022

 

Latar belakang

Nurhidayah Binti Mohamed merupakan seorang ibu tunggal yang memulakan perniagaan menjual Madu Kelulut untuk menampung kehidupannya dan mula mendaftar menjadi Ahli NADI Kg Gemang pada 22 Februari 2022. Beliau hadir ke NADI Kg Gemang dengan hasrat untuk belajar menjual Madu Kelulut secara atas talian dengan bimbingan petugas NADI.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Sebelum Nurhidayah menyertai Kelas Keusahawanan di NADI, Nurhidayah tidak mempunyai kedai secara atas talian. Untuk meningkatkan jualan Madu Kelulut beliau, beliau mengambil pendekatan menjadi Usahawan NADI Kg Gemang untuk tujuan belajar berniaga secara atas talian melalui platform Shopee. Beliau mula aktif hadir ke NADI untuk menghadiri Kelas Keusahawanan yang diadakan.

 

Dalam Kelas Keusahawanan, beliau diberi pendedahan dan diajarkan tentang cara membuat perbankan atas talian, mendaftar akaun shopee, membina kedai shopee, memuatnaik produk di shopee dan setiap fungsi pemasaran di shopee.

 

Selain daripada kelas Shopee, beliau juga diajar cara membuat suntingan gambar poster produk Madu Kelulut beliau dan juga teknik suntingan gambar produk menggunakan portable mini studio. Beliau juga didedahkan dengan media lain iaitu TikTok. Beliau dibimbing untuk mendaftar akaun di TikTok, membuat Kedai Tiktok dan juga membuat video subtitles.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Setelah Nurhidayah datang belajar di NADI Kg Gemang, terdapat beberapa peningkatan yang baik dari segi aspek ilmu pengetahuan tentang perniagaan online di shopee. Beliau juga makin mahir dalam menggunakan Canva, Tiktok dan Shopee.

 

Beliau juga aktif dalam menyertai program keusahawanan di NADI dan juga aktif membuat video produk untuk menarik para pelanggan membeli produk beliau.

 

 

PELAJAR CELIK IT 

Nama : Nur Husnina Batrisyia Binti Muhammad Khairie
Umur : 11 tahun
Ahli : 9 November 2022

 

Latar belakang

Nur Husnina Batrisyia Binti Muhammad Khairie merupakan pelajar Celik IT bagi Q2 2024 di NADI Kg Gemang. Beliau mula mendaftar menjadi Ahli NADI Kg Gemang pada 9 November 2022.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Sebelum Nur Husnina Batrisyia melibatkan diri di NADI Kg Gemang, beliau tidak mahir menggunakan peralatan komputer dan mempunyai pengetahuan asas tentang komputer. Beliau mula menghadiri kelas-kelas ICT yang diadakan di NADI. Beliau juga aktif dalam menyertai Program Mini NADI dan pertandingan yang diadakan di NADI. Beliau juga menghadiri Kelas Celik IT, Kelas MS Word, Kelas Powerpoint, Kelas Ulangkaji Matapelajaran, Kelas Menaip, Kelas Canva, Kelas Softskills, dan STEM.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Selepas Nur Husnina Batrisyia Binti Muhammad Khairie melibatkan diri di NADI Kg Gemang, beliau menunjukkan peningkatan yang baik dari segi penggunaan peralatan komputer yang betul, kemahiran menaip yang baik, dan kreativiti mencipta poster. Beliau juga menunjukkan semangat berkerjasama secara berkumpulan dalam aktiviti dan pertandingan yang diadakan di NADI.

 

   

USAHAWAN PEDi 2023 

Nama : NUR AIASHAH BINTI IBRAHIM
Umur : 34 tahun
Ahli : 17 Jun 2022

Latar belakang

 

Nur Aiashah Binti Ibrahim merupakan kakitangan UMK yang berusia 34 tahun. Beliau mula berniaga secara online sejak tahun 2021 dan mempunyai pekerja sendiri untuk membantu beliau berniaga di kedai dan juga secara online.

Beliau mula mendaftar keahlian PEDi pada 17 Jun 2022 dan menghadiri Kelas Keusahawanan PEDi, Kelas Shopee Ads, Kursus Pengendali Makanan, kelas-kelas online anjuran PEDi dan agensi lain di PEDi Kg Gemang.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Sebelum Nur Aiashah menyertai Kelas Keusahawanan di PEDi, beliau sudah mempunyai kedai di Shopee tetapi beliau belum menguasai sepenuhnya fungsi yang ada di Shopee. Beliau mengambil pendekatan menjadi Usahawan PEDi Kg Gemang untuk tujuan belajar cara untuk meningkatkan jualan melalui platform Shopee. Beliau juga menyertai Kelas Keusahawanan PEDi dan belajar cara menggunakan Shopee Ads dalam meningkatkam jualan produk.

Dalam Kelas Keusahawanan, beliau diberi pendedahan dan diajarkan tentang cara mendaftar meningkatkan jumlah follower, cara membuat Shopee Ads, Search Ads dan Discovery Ads produk jualan beliau. 

Untuk meningkatkan kemahiran beliau dalam shopee, beliau diajar cara dan teknik menjual di shopee dengan menggunakan fungsi pemasaran yang ada di shopee seller centre.

Selain itu, beliau juga berpeluang membuat Sijil Pengendali Makanan dan menyertai Kursus secara online dengan NZ Bunga Venture. Beliau juga aktif dalam menyertai kelas-kelas secara atas talian yang dianjurkan oleh PEDi.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Setelah Nur Aiashah datang belajar di PEDi Kg Gemang, terdapat beberapa peningkatan yang baik dari segi aspek ilmu pengetahuan tentang perniagaan online di shopee. Beliau juga makin mahir dalam menggunakan fungsi-fungsi pemasaran di shopee terutamanya Shopee Ads.

Beliau juga aktif dalam menyertai program keusahawanan di PEDi dan juga aktif membuat video produk untuk menarik para pelanggan membeli produk beliau.

PELAJAR CELIK IT 

Nama : Nur Qurratul Jannah Binti Mohd Syamsudin
Umur : 11 tahun
Ahli : 9 November 2023

Latar belakang

 

Nur Qurratul Jannah Binti Mohd Syamsudin merupakan ahli NADI yang berdaftar pada 9 November 2022.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Sebelum Nur Qurratul Jannah melibatkan diri di NADI Kg Gemang, beliau tiada pengetahuan asas tentang ICT dan tidak mahir menggunakan peralatan komputer. Beliau hadir melibatkan diri di NADI Kg Gemang dengan menghadiri kelas-kelas ICT yang diadakan di NADI. Beliau juga aktif dalam menyertai program mini NADI dan pertandingan yang diadakan di NADI. Beliau telah menghadiri Kelas Celik IT, Kelas MS Word, Kelas Powerpoint, Kelas Membaca, Kelas Ulangkaji Matapelajaran, Kelas Menaip, Kelas Canva, Kelas Softskills, dan banyak lagi. Beliau juga turut aktif menyertai pertandingan kuiz, pertandingan nyanyian patriotik, pertandingan berkumpulan dan kuiz KDB.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Selepas Nur Qurratul Jannah Binti Mohd Syamsudin melibatkan diri di NADI Kg Gemang, terdapat peningkatan yang baik dari segi penggunaan peralatan komputer yang betul, kemahiran menaip yang baik, penguasaan kemahiran membaca yang baik, kreativiti mencipta poster dan juga semangat kerjasama secara berkumpulan dalam aktiviti dan pertandingan yang diadakan di NADI.

 

   

PELAJAR CELIK IT 

Nama : DAHLIA SAFFIYA BINTI MOHD HAFEZ
Umur : 12 tahun
Ahli : 6 Ogos 2022

Latar belakang

 

Dahlia Saffiya Binti Mohd Hafez merupakan pelajar Celik IT PEDi Kg Gemang yang berusia 12 tahun. Beliau mula mendaftar menjadi Ahli PEDi Kg Gemang pada 6 Ogos 2022 dengan tujuan untuk belajar ICT dan meningkatkan kemahiran ICT beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Sebelum Dahlia Saffiya datang belajar di PEDi Kg Gemang, beliau belum pernah belajar komputer dan tidak mempunyai kemahiran asas tentang komputer. Ibubapa beliau mengambil pendekatan dengan menghantar beliau ke PEDi untuk belajar ICT.

 

Dahlia Saffiya diajar tentang perkakasan komputer dengan terperinci sebelum memulakan kelas komputer yang lain. Selepas beliau menguasai tentang perkakasan komputer dan dapat menggunakan perkakasan dengan baik, beliau diajar untuk menaip dengan betul dengan menggunakan MS Word.

Dahlia Saffiya juga dibimbing oleh para petugas untuk membuat poster dengan menggunakan Canva yang mana telah memberi peluang Dahlia Saffiya untuk menunjukkan bakat dan kreativiti beliau dalam suntingan poster. Beliau juga telah diajar tentang cara menggunakan Google untuk membuat pencarian maklumat yang tepat dan cepat.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Selepas penglibatan beliau di PEDi, beliau mahir dalam menggunakan perkakasan computer dan dapat menggunakan MS Word dengan betul untuk menaip sesuatu dokumen.

Dahlia Saffiya juga mahir dalam menggunakan Canva untuk membuat design poster yang menarik dan juga mahir menggunakan google untuk mencari maklumat. Beliau juga aktif dalam menjawab salan kuiz ICT yang disediakan oleh para petugas PEDi.

Beliau juga aktif dalam menyertai setiap program dan pertandingan yang diadakan di PEDi. Secara tidak langsung, PEDi Berjaya meningkatkan kemahiran ICT Dahlia Saffiya dan membantu beliau menjadi orang yang Celik IT.