PELAJAR CELIK IT
Nama | : MOHAMMAD SYAZWAN BIN ROSDI |
Umur | : 16 tahun |
Ahli | : 21 Januari 2022 |
Latar belakang
Mohammad Syazwan Bin Rosdi merupakan pelajar sekolah menengah yang berumur 16 tahun dan telah mendaftar menjadi Ahli PEDi Kg Gemang pada 21 Januari 2022.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum Mohammad Syazwan datang belajar di PEDi Kg Gemang, beliau belum pernah belajar tentang ICT dan tiada kemahiran asas tentang komputer. Mohamad Syazwan mengambil keputusan untuk mendaftar ahli di PEDi Kg Gemang pada 16 Januari 2022 dengan tujuan ingin belajar komputer.
Para petugas memberi bimbingan dan pendedahan tentang perkakasan komputer, fungsi setiap perkakasan komputer dan cara penggunaannya kepada beliau. Pada mulanya, Mohammad Syazwan tidak mengenali dengan jelas setiap perkakasan komputer dan tidak mahir menggunakan tetikus dan keyboard.
Mohammad Syazwan dibimbing oleh para petugas PEDi Kg Gemang untuk menggunakan peralatan komputer dengan betul dan menaip dengan betul melalui latihan menaip dengan menggunakan Microsoft Office Word.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas beberapa bulan Mohammad Syazwan datang ke PEDi untuk belajar ICT, terdapat peningkatan dari segi kemahirannya menggunakan peralatan komputer dengan betul.
Selain itu, terdapat juga peningkatan pada diri Mohammad Syazwan dari segi pengetahuan asas komputer, beliau boleh mengenalpasti dan membezakan web browser, search engine dan Microsoft Office. Mohammad Syazwan juga mahir dalam menggunakan Google dalam mencari maklumat, gambar dan juga menyimpan gambar.
Selain itu, beliau juga dibimbing untuk belajar Microsoft Office Word, Microsoft Office Powerpoint, Microsoft Office Excel dan suntingan gambar dengan menggunakan Canva. Mohammad Syazwan juga aktif dalam menyertai setiap program yang dianjurkan oleh PEDi. Beliau telah menyertai pertandingan kuiz, pertandingan poster dan lain-lain lagi.