Kampung Gemang merupakan salah satu kampung yang berada di daerah Jeli, Kelantan. Kampung Gemang berada 12.7km dari bandar Jeli.

Asal usul Kg Gemang dahulunya merupakan salah satu kampung yang menghadapi era zaman komunis. Pada ketika itu, Kg Gemang ditempatkan di satu kawasan yang dikelilingi oleh pagar kawat berduri. Pagar kawat itu dibina bagi menghalang ancaman komunis dan memastikan keselamatan penduduk Kg Gemang. Kg Gemang telah dibuka oleh 14 orang peneroka dan sekarang ditadbir oleh seorang penghulu yang bernama Encik Norzaha Bin Daud yang merupakan penghulu yang ke-6 yang bertugas sejak tahun 2013. 

Terdapat 5 buah kampung kecil di dalam Kampung Gemang iaitu Kg Gemang Lama, Kg Gemang Baru, Kg Celagi, Kg Sg Buluh dan Kg Kunci. Populasi Penduduk bagi Kg Gemang ialah 4200 orang.

Sumber Rujukan / Carian : Penghulu Kg Gemang

 

AHLI PARLIMEN, ADUN, PEGAWAI DAERAH, PENGHULU DAN KETUA KAMPUNG

AHLI PARLIMEN

YB ZAHARI BIN KECHIK

(P.030 JELI)

 AHLI PARLIMEN

ADUN KAWASAN

YB DATUK KAMARUDIN BIN MD NOR

(N.37 AYER LANAS)

 DUN

PEGAWAI DAERAH

ENCIK MOHD SHAIFUDEEN BIN MD SALLEH

 DO JELI

PENGHULU

ENCIK NORZAHA BIN DAUD

(KAMPUNG GEMANG)

 TOK NGULU


Sumber Rujukan / Carian :
 

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Gemang ini ditubuhkan untuk memajukan dan menjaga hal ehwal keselamatan penduduk Kampung Gemang. JKKK Kampung Gemang ini memainkan peranan penting sebagai penasihat bagi penduduk kampung yang menghadapi masalah dan juga menjadi saluran untuk menyampaikan kepada kerajaan yang memerintah tentang keperluan awam serta keselesaan penduduk. JKKK Kampung Gemang mempunyai seorang pengerusi iaitu En.Norzaha bin Daud yang merupakan penghulu Kampung Gemang yg ke-6 dan 15 orang ahli jawatankuasa yang terdiri daripada penduduk Kampung Gemang.

Kampung Parit Mahang terletak di Mukim Ijok / Api-Api, Daerah Kuala Selangor dan berhampiran dengan Pekan Jeram, Ijok merupakan pekan paling hampir dengan Kampung Parit Mahang. Penduduknya mendapat pelbagai kemudahan dan perkhidmatan seperti kesihatan, perbankan dan keperluan harian di pekan yang jaraknya kira-kira 3 kilometer. Kemudahan jalanraya berturap memudahkan lagi pergerakan mereka dari satu tempat ke tempat yang lain untuk menyelesaikan pelbagai urusan dan mendapatkan keperluan harian.

Persatuan Air Bukit Kampung Gemang ditubuhkan bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan kemudahan bekalan air di kawasan Kampung Gemang. Persatuan Air Bukit ini diketuai oleh penghulu Kampung Gemang iaitu En.Norzaha bin Daud. Dengan tertubuhnya Persatuan Air Bukit ini dapat menyelesaikan masalah bekalan air penduduk dengan cepat dan kemudahan air untuk penggunaan seharian penduduk lebih terjamin.