Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Gemang ini ditubuhkan untuk memajukan dan menjaga hal ehwal keselamatan penduduk Kampung Gemang. JKKK Kampung Gemang ini memainkan peranan penting sebagai penasihat bagi penduduk kampung yang menghadapi masalah dan juga menjadi saluran untuk menyampaikan kepada kerajaan yang memerintah tentang keperluan awam serta keselesaan penduduk. JKKK Kampung Gemang mempunyai seorang pengerusi iaitu En.Norzaha bin Daud yang merupakan penghulu Kampung Gemang yg ke-6 dan 15 orang ahli jawatankuasa yang terdiri daripada penduduk Kampung Gemang.