SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :
  •  Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet.
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
 
NADI Kg Gemang menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
 
  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan
 
 JUMLAH KEAHLIAN :
 
NADI Kg Gemang telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2021. Ramai telah mendaftar diri dengan NADI bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah
 

  AHLI LAMA

399

  AHLI BARU BULAN OGOS 2024

4
  KESELURUHAN PADA OGOS 2024 403
 
 
 KENALI PETUGAS NADI :

Untuk menjadi petugas NADI, kami harus melalui beberapa proses sebelum dilantik secara sah menjadi petugas NADI. Kami akan menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan dengan baik. Kenali kami :

 
PENGURUS
 WhatsApp Image 2021-11-26 at 09.33.06
 
Nama : ATIKA NATAYSA BINTI ALIAS
Mula berkhidmat :  15 November 2021
 
 
PENOLONG PENGURUS
 

syafika   
Nama : NUR SYAFIKA BINTI HASAN
Mula berkhidmat : 2 Februari 2023