Kampung Gemang merupakan salah satu kampung yang berada di daerah Jeli, Kelantan. Kampung Gemang berada 12.7km dari bandar Jeli.

Asal usul Kg Gemang dahulunya merupakan salah satu kampung yang menghadapi era zaman komunis. Pada ketika itu, Kg Gemang ditempatkan di satu kawasan yang dikelilingi oleh pagar kawat berduri. Pagar kawat itu dibina bagi menghalang ancaman komunis dan memastikan keselamatan penduduk Kg Gemang. Kg Gemang telah dibuka oleh 14 orang peneroka dan sekarang ditadbir oleh seorang penghulu yang bernama Encik Norzaha Bin Daud yang merupakan penghulu yang ke-6 yang bertugas sejak tahun 2013. 

Terdapat 5 buah kampung kecil di dalam Kampung Gemang iaitu Kg Gemang Lama, Kg Gemang Baru, Kg Celagi, Kg Sg Buluh dan Kg Kunci. Populasi Penduduk bagi Kg Gemang ialah 4200 orang.

Sumber Rujukan / Carian : Penghulu Kg Gemang

 

AHLI PARLIMEN, ADUN, PEGAWAI DAERAH, PENGHULU DAN KETUA KAMPUNG

AHLI PARLIMEN

YB ZAHARI BIN KECHIK

(P.030 JELI)

 AHLI PARLIMEN

ADUN KAWASAN

YB DATUK KAMARUDIN BIN MD NOR

(N.37 AYER LANAS)

 DUN

PEGAWAI DAERAH

ENCIK MOHD SHAIFUDEEN BIN MD SALLEH

 DO JELI

PENGHULU

ENCIK NORZAHA BIN DAUD

(KAMPUNG GEMANG)

 TOK NGULU


Sumber Rujukan / Carian :