PELAJAR CELIK IT 

Nama : Nur Alia Damia Binti Mohd Redzuan
Umur : 9 tahun
Ahli : Jun 2022

 

Latar belakang

Nur Alia Damia Binti Mohd Redzuan berumur 9 tahun merupakan pelajar sekolah rendah yang mendaftar menjadi Ahli PEDi Kg Gemang pada 20 Jun 2022

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Nur Alia Damia Binti Mohd Redzuan merupakan seorang pelajar sekolah rendah yang berumur 9 tahun dan tiada kemahiran asas tentang ICT. Sebelum penglibatan beliau di PEDi, beliau tidak mahir dalam menggunakan perkakasan komputer dan ICT. Ibubapa beliau mengambil pendekatan dengan mendaftar anak mereka, Nur Alia Damia Binti Mohd Redzuan sebagai Ahli PEDi Kg Gemang dan menyertai Kelas Celik IT bersama para peserta yang lain.

Beliau diberi pendedahan dan diajarkan tentang setiap perkakasan komputer dan fungsi-fungsi setiap perkakasan tersebut semasa mengikuti Kelas Celik IT di PEDi.

Beliau juga diajarkan cara untuk memegang tetikus komputer yang betul dan juga perkakasan komputer yang lain. Untuk meningkatkan kemahiran beliau dalam menggunakan tetikus dengan betul, petugas menggunakan kaedah clik & drag melalui puzzle online.

Beliau juga diberikan pendedahan tentang pengenalan asas Google dan cara penggunaan Google dalam mendapatkan sesuatu maklumat. Beliau juga dibimbing dalam suntingan gambar poster dengan menggunakan aplikasi Canva.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas Nur Alia Damia Binti Mohd Redzuan selesai mengikuti Kelas Celik IT Siri I (Perkakasan Komputer) dan Kelas Celik IT Siri II (Microsoft Office Word), terdapat beberapa peningkatan dari segi aspek penggunaan perkakasan ICT dengan betul. Beliau juga sudah mahir dalam menggunakan tetikus dengan betul dan mahir menaip dalam Microsoft Office Word serta mengetahui fungsi setiap tools dalam Microsoft Office Word.

Selain itu, beliau juga mahir dalam pengunaan Google dalam mencari maklumat dan juga mahir dalam menggunakan aplikasi Canva dalam membuat design poster yang menarik setelah beliau selesai mengikuti Kelas Asas Canva.

Walaupun Nur Alia Damia Binti Mohd Redzuan telah menguasai banyak pengetahuan ICT, beliau tetap berkunjung ke PEDi Kg Gemang bagi mendalami lebih banyak lagi pengetahuan ICT yang lain. Beliau juga aktif dalam menyertai program dan pertandingan yang diadakan di PEDi.

     

USAHAWAN PEDi 2022

Nama : Arisa Arifah binti Kamaluddin
Umur : 26 tahun
Ahli : Januari 2022

 

Latar belakang

 

Arisa Arifah yang berumur 26 tahun merupakan pelajar IPTA yang mendaftar menjadi Ahli PEDi Kg Gemang pada Januari 2022.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Arisa Arifah merupakan seorang pelajar IPTA yang berumur 26 tahun dan tidak mempunyai kedai secara atas talian. Beliau mengambil pendekatan untuk berniaga secara atas talian melalui platform Shopee dengan mendaftar menjadi Usahawan PEDi Kg Gemang dan menyertai Kelas Keusahawanan PEDi bersama para peserta yang lain. Dalam Kelas Keusahawanan, beliau diberi pendedahan dan diajarkan tentang cara mendaftar akaun shopee, membina kedai shopee, memuatnaik produk di shopee dan setiap fungsi pemasaran di shopee. Beliau juga belajar cara untuk meningkatkan jumlah pengikut di kedai shopee dan juga membuat dekorasi kedai shopee sendiri. Untuk meningkatkan kemahiran beliau dalam shopee, beliau diajar cara dan Teknik menjual di shopee dengan menggunakan fungsi pemasaran yang ada di shopee seller centre.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Setelah Arisa Arifah datang belajar di PEDi KG. Gemang, terdapat beberapa perubahan yang baik dan peningkatan dari segi aspek ilmu pengetahun tentang perniagaan online di shopee. Beliau juga makin mahir dalam menggunakan fungsi-fungsi pemasaran di shopee terutamanya Shopee Ads.

 

Walaupun beliau telah menguasai banyak tentang perniagaan di Shopee, Arisa Arifah tetap berkunjung ke PEDi Kg Gemang bagi mendalami lebih banyak lagi Teknik untuk meningkatkan jualan di shopee. 

 

     

KANAK CELIK IT 

Nama : Nuraisyah Farisha Binti Mohd Hafez
Umur : 8 tahun
Ahli : 21 Januari 2022

Latar belakang

Nuraisyah Farisha berumur 8 tahun merupakan pelajar sekolah rendah yang mendaftar Ahli PEDi Kg Gemang pada 21 Januari 2022.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Nuraisyah Farisha merupakan seorang pelajar sekolah rendah yang berumur 8 tahun dan tiada kemahiran asas tentang ICT. Pada permulaannya, Adik Aisyah ini tidak mahir dalam menggunakan perkakasan komputer dan ICT. Dia mengambil pendekatan untuk belajar ICT dengan mendaftar sebagai Ahli PEDi Kg Gemang dan masuk Kelas Celik IT bersama kawan-kawan yang lain. Dalam Kelas Celik IT, adik Aisyah diajarkan tentang setiap perkakasan komputer dan fungsi-fungsi setiap perkakasan tersebut. Adik Aisyah juga belajar cara untuk memegang tetikus komputer dengan betul. Untuk meningkatkan kemahiran adik Aisyah dalam  menggunakan tetikus dengan betul, petugas menggunakan kaedah click & drag melalui puzzle online.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah adik Aisyah datang belajar di PEDi Kg Gemang, terdapat beberapa perubahan yang baik dan peningkatan dari segi aspek penggunaan perkakasan ICT dengan betul. Adik Aisyah juga makin mahir dalam menggunakan tetikus dengan betul dan telah mahir menaip dalam Microsoft Office Word dan mengetahui setiap tools dalm Microsoft Office Word.

Walaupun telah menguasai banyak pengetahuan ICT, Nuraisyah Farisha tetap berkunjung ke PEDi Kg Gemang bagi mendalami lebih banyak lagi pengetahuan ICT yang lain. Selain dari kelas yang disediakan, adik Aisyah juga bersemangat dalam menjawab kuiz-kuiz berkaitan komputer dan ICT yang disediakan oleh petugas. 

Berdasarkan perubahan dan peningkatan yang baik pada adik Aisyah, ibu dan ayah Aisyah juga gembira apabila melihat anak mereka sudah ada peningkatan dalam pengetahuan komputer dan melihat hasil kreativiti anak mereka dalam menyiapkan kad ucapan Birthday melalui Kelas Asas Canva.

 

          

WANITA CELIK IT 

Nama : Nurhidayah Binti Mohamed
Umur : 34 tahun
Ahli : 22 Februari 2022

Latar belakang

Nurhidayah binti Mohamed yang berumur 34 tahun merupakan Ahli PEDi Kg Gemang yang telag mendaftar sebagai ahli pada 22 Februari 2022. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Nurhidayah binti Mohamed merupakan suri rumah berumur 34 tahun dan tiada kemahiran asas tentang ICT. Pada permulaannya, beliau tidak mahir dalam menggunakan perkakasan komputer dan ICT. Beliau mengambil pendekatan untuk belajar ICT dengan mendaftar sebagai Ahli PEDi Kg Gemang dan menyertai Kelas Celik Digital. Dalam Kelas Celik Digital, beliau diberi pendedahan dan diajarkan cara menggunakan perkakasan komputer dengan betul. Beliau juga menyertai Kelas Celik Digital kerana ingin meningkatkan kemahiran menggunakan Microsoft Office Word dengan betul.

Selain itu juga, Nurhidayah binti Mohamed juga menyertai Kelas Keusahawanan di PEDi Kg Gemang kerana ingin belajar cara menjual produk beliau secara atas talian dan meningkatkan pendapatan beliau. Produk beliau yang ingin diketengahkan ialah produk madu kelulut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah Nurhidayah binti Mohamed datang belajar di PEDi Kg Gemang, terdapat beberapa perubahan yang baik dan peningkatan dari segi aspek penggunaan perkakasan komputer dengan betul dan kemahiran menaip. Beliau juga makin mahir dalam menggunakan komputer dan menaip dokumen dengan betul.

Walaupun beliau telah menguasai banyak pengetahuan ICT, Nurhidayah binti Mohamed tetap berkunjung ke PEDi Kg Gemang bagi mendalami lebih banyak lagi pengetahuan ICT yang lain. Selain dari kelas Celik Digital, beliau juga mendaftar menjadi usahawan PEDi dan menyertai Kelas Keusahawanan di PEDi.

Dari segi perkembangan Nurhidayah binti Mohamed sekarang, beliau telah mahir menggunakan komputer dan Microsoft Office Word serta sudah mendapat pekerjaan yang baik. Beliau juga menyertai Kursus Pengendalian Makananan secara atas talian dan mendapat sijil Pengendalian Makanan yang disahkan oleh KKM. Untuk Kelas Keusahawanan, beliau sudah menyertai Kelas Keusahawanan: Pendaftaran Perbankan atas talian dengan jayanya dan akan meneruskan Kelas Keusahawanan yang lain di PEDi Kg Gemang.