WANITA CELIK IT 

Nama : Nurhidayah Binti Mohamed
Umur : 34 tahun
Ahli : 22 Februari 2022

Latar belakang

Nurhidayah binti Mohamed yang berumur 34 tahun merupakan Ahli PEDi Kg Gemang yang telag mendaftar sebagai ahli pada 22 Februari 2022. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Nurhidayah binti Mohamed merupakan suri rumah berumur 34 tahun dan tiada kemahiran asas tentang ICT. Pada permulaannya, beliau tidak mahir dalam menggunakan perkakasan komputer dan ICT. Beliau mengambil pendekatan untuk belajar ICT dengan mendaftar sebagai Ahli PEDi Kg Gemang dan menyertai Kelas Celik Digital. Dalam Kelas Celik Digital, beliau diberi pendedahan dan diajarkan cara menggunakan perkakasan komputer dengan betul. Beliau juga menyertai Kelas Celik Digital kerana ingin meningkatkan kemahiran menggunakan Microsoft Office Word dengan betul.

Selain itu juga, Nurhidayah binti Mohamed juga menyertai Kelas Keusahawanan di PEDi Kg Gemang kerana ingin belajar cara menjual produk beliau secara atas talian dan meningkatkan pendapatan beliau. Produk beliau yang ingin diketengahkan ialah produk madu kelulut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah Nurhidayah binti Mohamed datang belajar di PEDi Kg Gemang, terdapat beberapa perubahan yang baik dan peningkatan dari segi aspek penggunaan perkakasan komputer dengan betul dan kemahiran menaip. Beliau juga makin mahir dalam menggunakan komputer dan menaip dokumen dengan betul.

Walaupun beliau telah menguasai banyak pengetahuan ICT, Nurhidayah binti Mohamed tetap berkunjung ke PEDi Kg Gemang bagi mendalami lebih banyak lagi pengetahuan ICT yang lain. Selain dari kelas Celik Digital, beliau juga mendaftar menjadi usahawan PEDi dan menyertai Kelas Keusahawanan di PEDi.

Dari segi perkembangan Nurhidayah binti Mohamed sekarang, beliau telah mahir menggunakan komputer dan Microsoft Office Word serta sudah mendapat pekerjaan yang baik. Beliau juga menyertai Kursus Pengendalian Makananan secara atas talian dan mendapat sijil Pengendalian Makanan yang disahkan oleh KKM. Untuk Kelas Keusahawanan, beliau sudah menyertai Kelas Keusahawanan: Pendaftaran Perbankan atas talian dengan jayanya dan akan meneruskan Kelas Keusahawanan yang lain di PEDi Kg Gemang.