PELAJAR CELIK IT 

Nama : Nur Alia Dania Binti Mohd Redzuan
Umur : 8 tahun
Ahli : Jun 2022

 

Latar belakang

 

Nur Alia Dania Binti Mohd Redzuan berumur 8 tahun merupakan pelajar sekolah rendah yang mendaftar menjadi Ahli PEDi Kg Gemang pada 6 Ogos 2022.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan beliau di PEDi, beliau tidak mahir dalam menggunakan perkakasan komputer dan ICT. Ibubapa beliau mengambil pendekatan dengan mendaftar anak mereka, Nur Alia Dania Binti Mohd Redzuan sebagai Ahli PEDi Kg Gemang dan menyertai Kelas Celik IT bersama para peserta yang lain.

Beliau diberi pendedahan dan diajarkan tentang setiap perkakasan komputer dan fungsi-fungsi setiap perkakasan tersebut semasa mengikuti Kelas Celik IT di PEDi.

Beliau juga diajarkan cara untuk memegang tetikus komputer yang betul dan juga perkakasan komputer yang lain. Untuk meningkatkan kemahiran beliau dalam menggunakan tetikus dengan betul, petugas menggunakan kaedah clik & drag melalui puzzle online.

Beliau juga diberikan pendedahan tentang pengenalan asas Google dan cara penggunaan Google dalam mendapatkan sesuatu maklumat. Beliau juga dibimbing dalam suntingan gambar poster dengan menggunakan aplikasi Canva.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas Nur Alia Dania Binti Mohd Redzuan selesai mengikuti Kelas Celik IT Siri I (Perkakasan Komputer) dan Kelas Celik IT Siri II (Microsoft Office Word), terdapat beberapa peningkatan dari segi aspek penggunaan perkakasan ICT dengan betul.

  • Beliau juga sudah mahir dalam menggunakan tetikus dengan betul dan mahir menaip dalam Microsoft Office Word serta mengetahui fungsi setiap tools dalam Microsoft Office Word.
  • Beliau juga mahir dalam pengunaan Google dalam mencari maklumat dan juga mahir dalam menggunakan aplikasi Canva dalam membuat design poster yang menarik setelah beliau selesai mengikuti Kelas Asas Canva.

Walaupun Nur Alia Dania Binti Mohd Redzuan telah menguasai banyak pengetahuan ICT, beliau tetap berkunjung ke PEDi Kg Gemang bagi mendalami lebih banyak lagi pengetahuan ICT yang lain. Beliau juga aktif dalam menyertai program dan pertandingan yang diadakan di PEDi.