USAHAWAN PEDi 2022

Nama : Arisa Arifah binti Kamaluddin
Umur : 26 tahun
Ahli : Januari 2022

 

Latar belakang

 

Arisa Arifah yang berumur 26 tahun merupakan pelajar IPTA yang mendaftar menjadi Ahli PEDi Kg Gemang pada Januari 2022.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Arisa Arifah merupakan seorang pelajar IPTA yang berumur 26 tahun dan tidak mempunyai kedai secara atas talian. Beliau mengambil pendekatan untuk berniaga secara atas talian melalui platform Shopee dengan mendaftar menjadi Usahawan PEDi Kg Gemang dan menyertai Kelas Keusahawanan PEDi bersama para peserta yang lain. Dalam Kelas Keusahawanan, beliau diberi pendedahan dan diajarkan tentang cara mendaftar akaun shopee, membina kedai shopee, memuatnaik produk di shopee dan setiap fungsi pemasaran di shopee. Beliau juga belajar cara untuk meningkatkan jumlah pengikut di kedai shopee dan juga membuat dekorasi kedai shopee sendiri. Untuk meningkatkan kemahiran beliau dalam shopee, beliau diajar cara dan Teknik menjual di shopee dengan menggunakan fungsi pemasaran yang ada di shopee seller centre.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Setelah Arisa Arifah datang belajar di PEDi KG. Gemang, terdapat beberapa perubahan yang baik dan peningkatan dari segi aspek ilmu pengetahun tentang perniagaan online di shopee. Beliau juga makin mahir dalam menggunakan fungsi-fungsi pemasaran di shopee terutamanya Shopee Ads.

 

Walaupun beliau telah menguasai banyak tentang perniagaan di Shopee, Arisa Arifah tetap berkunjung ke PEDi Kg Gemang bagi mendalami lebih banyak lagi Teknik untuk meningkatkan jualan di shopee.