KANAK CELIK IT
Nama | : Nuraisyah Farisha Binti Mohd Hafez |
Umur | : 8 tahun |
Ahli | : 21 Januari 2022 |
Latar belakang
Nuraisyah Farisha berumur 8 tahun merupakan pelajar sekolah rendah yang mendaftar Ahli PEDi Kg Gemang pada 21 Januari 2022.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Nuraisyah Farisha merupakan seorang pelajar sekolah rendah yang berumur 8 tahun dan tiada kemahiran asas tentang ICT. Pada permulaannya, Adik Aisyah ini tidak mahir dalam menggunakan perkakasan komputer dan ICT. Dia mengambil pendekatan untuk belajar ICT dengan mendaftar sebagai Ahli PEDi Kg Gemang dan masuk Kelas Celik IT bersama kawan-kawan yang lain. Dalam Kelas Celik IT, adik Aisyah diajarkan tentang setiap perkakasan komputer dan fungsi-fungsi setiap perkakasan tersebut. Adik Aisyah juga belajar cara untuk memegang tetikus komputer dengan betul. Untuk meningkatkan kemahiran adik Aisyah dalam menggunakan tetikus dengan betul, petugas menggunakan kaedah click & drag melalui puzzle online.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah adik Aisyah datang belajar di PEDi Kg Gemang, terdapat beberapa perubahan yang baik dan peningkatan dari segi aspek penggunaan perkakasan ICT dengan betul. Adik Aisyah juga makin mahir dalam menggunakan tetikus dengan betul dan telah mahir menaip dalam Microsoft Office Word dan mengetahui setiap tools dalm Microsoft Office Word.
Walaupun telah menguasai banyak pengetahuan ICT, Nuraisyah Farisha tetap berkunjung ke PEDi Kg Gemang bagi mendalami lebih banyak lagi pengetahuan ICT yang lain. Selain dari kelas yang disediakan, adik Aisyah juga bersemangat dalam menjawab kuiz-kuiz berkaitan komputer dan ICT yang disediakan oleh petugas.
Berdasarkan perubahan dan peningkatan yang baik pada adik Aisyah, ibu dan ayah Aisyah juga gembira apabila melihat anak mereka sudah ada peningkatan dalam pengetahuan komputer dan melihat hasil kreativiti anak mereka dalam menyiapkan kad ucapan Birthday melalui Kelas Asas Canva.