USAHAWAN PEDi 2023 

Nama : NUR AIASHAH BINTI IBRAHIM
Umur : 34 tahun
Ahli : 17 Jun 2022

Latar belakang

 

Nur Aiashah Binti Ibrahim merupakan kakitangan UMK yang berusia 34 tahun. Beliau mula berniaga secara online sejak tahun 2021 dan mempunyai pekerja sendiri untuk membantu beliau berniaga di kedai dan juga secara online.

Beliau mula mendaftar keahlian PEDi pada 17 Jun 2022 dan menghadiri Kelas Keusahawanan PEDi, Kelas Shopee Ads, Kursus Pengendali Makanan, kelas-kelas online anjuran PEDi dan agensi lain di PEDi Kg Gemang.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Sebelum Nur Aiashah menyertai Kelas Keusahawanan di PEDi, beliau sudah mempunyai kedai di Shopee tetapi beliau belum menguasai sepenuhnya fungsi yang ada di Shopee. Beliau mengambil pendekatan menjadi Usahawan PEDi Kg Gemang untuk tujuan belajar cara untuk meningkatkan jualan melalui platform Shopee. Beliau juga menyertai Kelas Keusahawanan PEDi dan belajar cara menggunakan Shopee Ads dalam meningkatkam jualan produk.

Dalam Kelas Keusahawanan, beliau diberi pendedahan dan diajarkan tentang cara mendaftar meningkatkan jumlah follower, cara membuat Shopee Ads, Search Ads dan Discovery Ads produk jualan beliau. 

Untuk meningkatkan kemahiran beliau dalam shopee, beliau diajar cara dan teknik menjual di shopee dengan menggunakan fungsi pemasaran yang ada di shopee seller centre.

Selain itu, beliau juga berpeluang membuat Sijil Pengendali Makanan dan menyertai Kursus secara online dengan NZ Bunga Venture. Beliau juga aktif dalam menyertai kelas-kelas secara atas talian yang dianjurkan oleh PEDi.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Setelah Nur Aiashah datang belajar di PEDi Kg Gemang, terdapat beberapa peningkatan yang baik dari segi aspek ilmu pengetahuan tentang perniagaan online di shopee. Beliau juga makin mahir dalam menggunakan fungsi-fungsi pemasaran di shopee terutamanya Shopee Ads.

Beliau juga aktif dalam menyertai program keusahawanan di PEDi dan juga aktif membuat video produk untuk menarik para pelanggan membeli produk beliau.