USAHAWAN NADI 2024

Nama : Nurhidayah Binti Mohamed
Umur : 36 tahun
Ahli : Feb 2022

 

Latar belakang

Nurhidayah Binti Mohamed merupakan seorang ibu tunggal yang memulakan perniagaan menjual Madu Kelulut untuk menampung kehidupannya dan mula mendaftar menjadi Ahli NADI Kg Gemang pada 22 Februari 2022. Beliau hadir ke NADI Kg Gemang dengan hasrat untuk belajar menjual Madu Kelulut secara atas talian dengan bimbingan petugas NADI.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Sebelum Nurhidayah menyertai Kelas Keusahawanan di NADI, Nurhidayah tidak mempunyai kedai secara atas talian. Untuk meningkatkan jualan Madu Kelulut beliau, beliau mengambil pendekatan menjadi Usahawan NADI Kg Gemang untuk tujuan belajar berniaga secara atas talian melalui platform Shopee. Beliau mula aktif hadir ke NADI untuk menghadiri Kelas Keusahawanan yang diadakan.

 

Dalam Kelas Keusahawanan, beliau diberi pendedahan dan diajarkan tentang cara membuat perbankan atas talian, mendaftar akaun shopee, membina kedai shopee, memuatnaik produk di shopee dan setiap fungsi pemasaran di shopee.

 

Selain daripada kelas Shopee, beliau juga diajar cara membuat suntingan gambar poster produk Madu Kelulut beliau dan juga teknik suntingan gambar produk menggunakan portable mini studio. Beliau juga didedahkan dengan media lain iaitu TikTok. Beliau dibimbing untuk mendaftar akaun di TikTok, membuat Kedai Tiktok dan juga membuat video subtitles.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Setelah Nurhidayah datang belajar di NADI Kg Gemang, terdapat beberapa peningkatan yang baik dari segi aspek ilmu pengetahuan tentang perniagaan online di shopee. Beliau juga makin mahir dalam menggunakan Canva, Tiktok dan Shopee.

 

Beliau juga aktif dalam menyertai program keusahawanan di NADI dan juga aktif membuat video produk untuk menarik para pelanggan membeli produk beliau.