PELAJAR CELIK IT 

Nama : Nur Qurratul Jannah Binti Mohd Syamsudin
Umur : 11 tahun
Ahli : 9 November 2023

Latar belakang

 

Nur Qurratul Jannah Binti Mohd Syamsudin merupakan ahli NADI yang berdaftar pada 9 November 2022.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Sebelum Nur Qurratul Jannah melibatkan diri di NADI Kg Gemang, beliau tiada pengetahuan asas tentang ICT dan tidak mahir menggunakan peralatan komputer. Beliau hadir melibatkan diri di NADI Kg Gemang dengan menghadiri kelas-kelas ICT yang diadakan di NADI. Beliau juga aktif dalam menyertai program mini NADI dan pertandingan yang diadakan di NADI. Beliau telah menghadiri Kelas Celik IT, Kelas MS Word, Kelas Powerpoint, Kelas Membaca, Kelas Ulangkaji Matapelajaran, Kelas Menaip, Kelas Canva, Kelas Softskills, dan banyak lagi. Beliau juga turut aktif menyertai pertandingan kuiz, pertandingan nyanyian patriotik, pertandingan berkumpulan dan kuiz KDB.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Selepas Nur Qurratul Jannah Binti Mohd Syamsudin melibatkan diri di NADI Kg Gemang, terdapat peningkatan yang baik dari segi penggunaan peralatan komputer yang betul, kemahiran menaip yang baik, penguasaan kemahiran membaca yang baik, kreativiti mencipta poster dan juga semangat kerjasama secara berkumpulan dalam aktiviti dan pertandingan yang diadakan di NADI.