USAHAWAN PEDi 2023

Nama Azura Binti Che Mat Jani
Umur : 27 tahun
Ahli : Jun 2022

Latar belakang

Azura Binti Che Mat Jani yang berumur 27 tahun merupakan suri rumah sepenuh masa yang mendaftar menjadi Ahli PEDi Kg Gemang pada 22 Jun 2022.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum Azura menyertai Kelas Keusahawanan di PEDi, Azura belum mempunyai kedai secara atas talian. Beliau mengambil pendekatan menjadi Usahawan PEDi Kg Gemang untuk tujuan belajar berniaga secara atas talian melalui platform Shopee. Beliau juga menyertai Kelas Keusahawanan PEDi bersama para peserta yang lain. Dalam Kelas Keusahawanan, beliau diberi pendedahan dan diajarkan tentang cara mendaftar akaun shopee, membina kedai shopee, memuatnaik produk di shopee dan setiap fungsi pemasaran di shopee. Beliau juga belajar cara untuk meningkatkan jumlah pengikut di kedai shopee dan juga membuat dekorasi kedai shopee sendiri. Untuk meningkatkan kemahiran beliau dalam shopee, beliau diajar cara dan teknik menjual di shopee dengan menggunakan fungsi pemasaran yang ada di shopee seller centre.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Setelah Azura datang belajar di PEDi Kg Gemang, terdapat beberapa peningkatan yang baik dari segi aspek ilmu pengetahuan tentang perniagaan online di shopee. Beliau juga makin mahir dalam menggunakan fungsi-fungsi pemasaran di shopee terutamanya Shopee Ads. Beliau juga aktif dalam menyertai program keusahawanan di PEDi dan juga aktif membuat video produk untuk menarik para pelanggan membeli produk beliau.