PELAJAR CELIK IT 

Nama Nor Annisa Afrina Binti Abu Hassan
Umur : 10 tahun
Ahli : 5 November 2023

 

Latar belakang

Nor Annisa Afrina Binti Abu Hassan merupakan pelajar sekolah rendah yang berumur 10 tahun dan telah mendaftar menjadi Ahli PEDi Kg Gemang pada 5 November 2022.  

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum Nor Annisa Afrina hadir ke PEDi, kami difahamkan bahawa beliau tidak mempunyai pengetahuan asas tentang komputer dan juga cara untuk menggunakannya.

Nor Annisa Afrina mula dimbing oleh para petugas dan diberikan pendedahan tentang perkakasan komputer, fungsi setiap perkakasan komputer dan cara juga penggunaan setiap perkakasan dengan betul.

Selain itu, Nor Annisa Afrina dibimbing oleh para petugas untuk menaip dengan betul melalui latihan menaip Microsoft Office Word serta membimbing beliau untuk memupuk kemahiran kreativiti beliau melalui Kelas Canva iaitu suntingan gambar dan poster.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas Nor Annisa Afrina melibatkan diri ke PEDI untuk belajar, beliau menunjukkan peningkatan yang baik dari segi penggunaan komputer dan peralatan komputer yang lain. Beliau juga mahir dalam menaip perkataan dengan betul dengan menggunakan Microsoft Office Word.

Selain itu, Nor Annisa Afrina juga menunjukkan peningkatan dalam kemahiran menggunakan “Search Engine” yang betul untuk membuat pencarian maklumat yang tepat di internet. Beliau juga mengenali web browser dan search engine dengan baik.

Nor Annisa Afrina juga aktif dalam menyertai program PEDi dan aktiviti PEDi. Beliau juga sentiasa hadir ke kelas- kelas yang diadakan di PEDi.

Berdasarkan peningkatan yang dapat dilihat pada Nor Annisa Afrina, beliau sekarang sudah mahir menggunakan komputer dan aplikasi yang lain  tanpa bantuan para petugas.