PELAJAR CELIK IT 

Nama : DAHLIA SAFFIYA BINTI MOHD HAFEZ
Umur : 12 tahun
Ahli : 6 Ogos 2022

Latar belakang

 

Dahlia Saffiya Binti Mohd Hafez merupakan pelajar Celik IT PEDi Kg Gemang yang berusia 12 tahun. Beliau mula mendaftar menjadi Ahli PEDi Kg Gemang pada 6 Ogos 2022 dengan tujuan untuk belajar ICT dan meningkatkan kemahiran ICT beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Sebelum Dahlia Saffiya datang belajar di PEDi Kg Gemang, beliau belum pernah belajar komputer dan tidak mempunyai kemahiran asas tentang komputer. Ibubapa beliau mengambil pendekatan dengan menghantar beliau ke PEDi untuk belajar ICT.

 

Dahlia Saffiya diajar tentang perkakasan komputer dengan terperinci sebelum memulakan kelas komputer yang lain. Selepas beliau menguasai tentang perkakasan komputer dan dapat menggunakan perkakasan dengan baik, beliau diajar untuk menaip dengan betul dengan menggunakan MS Word.

Dahlia Saffiya juga dibimbing oleh para petugas untuk membuat poster dengan menggunakan Canva yang mana telah memberi peluang Dahlia Saffiya untuk menunjukkan bakat dan kreativiti beliau dalam suntingan poster. Beliau juga telah diajar tentang cara menggunakan Google untuk membuat pencarian maklumat yang tepat dan cepat.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Selepas penglibatan beliau di PEDi, beliau mahir dalam menggunakan perkakasan computer dan dapat menggunakan MS Word dengan betul untuk menaip sesuatu dokumen.

Dahlia Saffiya juga mahir dalam menggunakan Canva untuk membuat design poster yang menarik dan juga mahir menggunakan google untuk mencari maklumat. Beliau juga aktif dalam menjawab salan kuiz ICT yang disediakan oleh para petugas PEDi.

Beliau juga aktif dalam menyertai setiap program dan pertandingan yang diadakan di PEDi. Secara tidak langsung, PEDi Berjaya meningkatkan kemahiran ICT Dahlia Saffiya dan membantu beliau menjadi orang yang Celik IT.