Tarikh : 07 Disember 2022
Masa : 3.00petang - 5.00petang
Lokasi : PEDi Kg Gemang
Peserta : Pelajar Sekolah

Tujuan

  • Memberi penerangan perkara asas tentang pengaturcaraan komputer atau computer programming dengan menggunakn Python.

Aktiviti

  • Petugas memberi penerangan konsep asas dan elemen-elemen pengaturcaraan komputer dengan Python mengikut silibus tingkatan 2.
  • Petugas memberi bimbingan cara untuk install aplikasi Thonny (Python).

  • Petugas memberi tunjuk ajar dalam menjalankan Kod Pengaturcaraan Python.

Gambar disini

Tarikh : 03 Disember 2022
Masa : 5.00petang - 6.00petang
Lokasi : PEDi Kg Gemang
Peserta : Usahawan

Tujuan

  • Memberi penerangan tentang cara-cara untuk meningkatkan jualan di shopee dengan menggunakan Marketing Centre di Shopee.
  • Memberi penerangan kepada peserta tentang cara menggunakan Shopee Ads dan cara meningkatkan jumlah pengikut di kedai Shopee.
  • Membimbing peserta dalam memahami cara penggunaan baucar, tawaran bundle, hadiah pengikut dan sebagainya bagi tujuan meningkatkan jumlah jualan para peserta di shopee.

Aktiviti

  • Peserta diberikan penerangan tentang cara dan strategi pemasaran jualan produk di Shopee.
  • Peserta diberi penerangan tentang Shopee Ads serta perbezaan strategi jualan menerusi Search Ads dan Discovery Ads.
  • Petugas juga memberi penerangan kepada peserta tentang cara mendapatkan jualan yang banyak dengan bajet yang minimum.
  • Peserta dibimbing oleh petugas dalam membuat Shopee Ads dan cara untuk menetapkan bajet yang minimum bagi jualan produk.
  • Peserta dibantu oleh petugas dalam memahami cara penggunaan baucar, tawaran bundle, hadiah pengikut dan sebagainya dalam meningkatkan jualan produk di Shopee.

Gambar disini

Tarikh : 23 November 2022
Masa : 5.00petang- 6.00petang
Lokasi : PEDi Kg Gemang
Peserta : Pelajar Sekolah

Tujuan

  • Mengetahui tahap pengetahuan para peserta tentang komputer dan tahap keberkesanan Kelas Celik IT kepada para peserta.

Aktiviti

  • Kuiz online diadakan secara atas talian melalui quizizz.
  • Seramai 5 orang peserta telah menyertai Kuiz online yang dijalankan.
  • Para peserta telah menjawab kesemua 10 soalan yang disediakan oleh petugas PEDi.

Gambar disini

Tarikh : 01 Disember 2022
Masa : 3.00petang - 4.00petang
Lokasi : PEDi Kg Gemang
Peserta : Pelajar Sekolah

Tujuan

  • Memberi bimbingan dan penerangan kepada peserta untuk menghasilkan kad ucapan digital menggunakan aplikasi Canva.

Aktiviti

  • Petugas memberi penerangan tentang kegunaan aplikasi Canva.
  • Petugas membimbing peserta dalam menghasilkan kad ucapan digital dengan menggunakan aplikasi canva
  • Peserta dapat membuat kad ucapan yang menarik.

Gambar disini

Tarikh : 23 November 2022
Masa : 4.00petang- 5.00petang
Lokasi : PEDi Kg Gemang
Peserta : Pelajar Sekolah

Tujuan

  • Memberi pendedahan dan penerangan tentang PEDi dan tujuan PEDi ditubuhkan serta kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di PEDi.

Aktiviti

  • Petugas memberi penerangan yang jelas kepada para peserta tentang PEDi dan tujuan penubuhan PEDi.
  • Petugas memberi penerangan tentang kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan kepada komuniti
  • Petugas memberi penerangan tentang Klik Dengan Bijak.

Gambar disini