Tarikh | : | 03 Disember 2022 |
Masa | : | 5.00petang - 6.00petang |
Lokasi | : | PEDi Kg Gemang |
Peserta | : | Usahawan |
Tujuan
- Memberi penerangan tentang cara-cara untuk meningkatkan jualan di shopee dengan menggunakan Marketing Centre di Shopee.
- Memberi penerangan kepada peserta tentang cara menggunakan Shopee Ads dan cara meningkatkan jumlah pengikut di kedai Shopee.
- Membimbing peserta dalam memahami cara penggunaan baucar, tawaran bundle, hadiah pengikut dan sebagainya bagi tujuan meningkatkan jumlah jualan para peserta di shopee.
Aktiviti
- Peserta diberikan penerangan tentang cara dan strategi pemasaran jualan produk di Shopee.
- Peserta diberi penerangan tentang Shopee Ads serta perbezaan strategi jualan menerusi Search Ads dan Discovery Ads.
- Petugas juga memberi penerangan kepada peserta tentang cara mendapatkan jualan yang banyak dengan bajet yang minimum.
- Peserta dibimbing oleh petugas dalam membuat Shopee Ads dan cara untuk menetapkan bajet yang minimum bagi jualan produk.
- Peserta dibantu oleh petugas dalam memahami cara penggunaan baucar, tawaran bundle, hadiah pengikut dan sebagainya dalam meningkatkan jualan produk di Shopee.