Tarikh | : | 24 Januari 2023 |
Masa | : | 11.00pagi - 12.00 petang |
Lokasi | : | PEDi Kg Gemang |
Peserta | : | Pelajar Sekolah |
Tujuan
- Memberi penerangan dan pendedahan kepada peserta tentang perkakasan komputer dan fungsi-fungsinya.
- Memberi penerangan dan latihan tentang cara menggunakan perkakasan komputer dengan betul.
Aktiviti
- Peserta diberi penerangan tentang perkakasan komputer dan fungsinya.
-
Peserta diberi penerangan cara menggunakan perkakasan komputer dengan betul
-
Peserta diberi latihan amali tentang cara menggunakan perkakasan komputer
Tarikh | : | 21 Januari 2023 |
Masa | : | 4.00 petang - 6.00 petang |
Lokasi | : | PEDi Kg Gemang |
Peserta | : | Belia |
Tujuan
- Membantu dan membimbing pengguna dalam membuat persediaan untuk temuduga iaitu persediaan dokumen dan sijil- sijil serta semakan senarai dokumen yang diperlukan untuk temuduga pengguna nanti
Aktiviti
- Membantu dan membimbing pengguna dalam membuat persediaan untuk temuduga iaitu persediaan dokumen dan sijil- sijil serta semakan senarai dokumen yang diperlukan untuk temuduga pengguna nanti.
- Petugas memberi penerangan kepada pengguna tentang cara untuk menyediakan dokumen dan sijil-sijil mengikut susunan yang betul.
- Pengguna menggunakan komputer riba miliknya untuk membuat persediaan dan semakan dokumen sambil dibimbing oleh petugas.
- Pengguna dapat menyiapkan semua dokumen dan sijil yang diperlukan mengikut senarai yang diberikan kepadanya.
Tarikh | : | 19 Januari 2023 |
Masa | : | 12.00 tengahari - 1.00 petang |
Lokasi | : | PEDi Kg Gemang |
Peserta | : | Belia |
Tujuan
- Mengetahui tahap pengetahuan para peserta setelah selesai pembelajaran tentang MS Excel.
- Mengetahui tahap keberkesanan Kelas MS Excel terhadap para peserta dan membantu para petugas menambaik proses pengajaran dan pembelajaran di kelas akan datang.
Aktiviti
- Kuiz online diadakan secara atas talian melalui quizizz.
-
Seramai 2 orang peserta telah menyertai Kuiz online yang dijalankan.
-
Para peserta telah menjawab kesemua soalan yang disediakan oleh petugas PEDi.
Tarikh | : | 21 Januari 2023 |
Masa | : | 2.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | PEDi Kg Gemang |
Peserta | : | Usahawan |
Tujuan
- Menguji tahap pengetahuan usahawan PEDi tentang Keusahawanan (Shopee) melalui Kuiz Keusahawanan PEDi.
- Mengetahui tahap pengetahuan usahawan PEDi terhadap kelas keusahawanan PEDi dan keberkesanannya supaya petugas PEDi dapat meningkatkan lagi program usahawan PEDi pada masa akan datang.
Aktiviti
- Kuiz online diadakan secara atas talian melalui link google form.
-
Seramai 2 orang peserta yang merupakan usahawan PEDi Kg Gemang telah menyertai Kuiz Keusahawanan PEDi yang telah dijalankan.
-
Para peserta telah menjawab kesemua soalan yang disediakan oleh petugas PEDi.
- Markah keseluruhan kuiz online ini adalah 100 markah.
Tarikh | : | 19 Januari 2023 |
Masa | : | 11.00 pagi - 12.00 pagi |
Lokasi | : | PEDi Kg Gemang |
Peserta | : | Belia |
Tujuan
- Memberi pendedahan dan penerangan tentang formula asas yang perlu dipelajari oleh para peserta supaya dapat menggunakan Microsoft Office Excel dengan betul.
- Menarik minat para peserta dalam mempelajari matematik dengan menggunakan MS Excel.
Aktiviti
- Para peserta diberi penerangan oleh petugas tentang formula asas yang perlu diketahui oleh para peserta.
-
Petugas menerangkan cara penggunaan formula asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi dalam bentuk soalan matematik.
-
Para peserta diberikan sesi amali dengan melengkapkan semua soalan matematik yang disediakan oleh petugas.