Tarikh : 02 Februari 2023
Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : PEDi Kg Gemang
Peserta : Wanita

Tujuan

  • Memberi bimbingan kepada usahawan dalam menggunakan aplikasi Tiktok Seller dengan betul

  • Memberi penerangan cara membuat pendaftaran akaun Tiktok Seller dan membuat Tiktok Live dengan betul.

     

Aktiviti

  • Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tujuan penggunaan aplikasi Tiktok dan Tiktok Seller dalam meningkatkan perniagaan atas talian

  • Peserta dibimbing oleh petugas dalam membuat pendaftaran akaun Tiktok Seller dengan betul.

  • Peserta dibantu oleh petugas dalam mendaftar Tiktok Seller dan membimbing peserta dalam membuat Tiktok Live.

     

Gambar disini

Tarikh : 01 Februari 2023
Masa : 4.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PEDi Kg Gemang
Peserta : Pelajar Sekolah

Tujuan

  • Mengetahui tahap pengetahuan para peserta setelah selesai pembelajaran tentang MS Excel dan pengetahuan asas tentang PEDi.

  • Mengetahui tahap keberkesanan Kelas MS Excel terhadap para peserta dan membantu para petugas menambaik proses pengajaran dan pembelajaran di kelas akan datang.

Aktiviti

  • Kuiz online diadakan secara atas talian melalui quizizz.

  • Seramai 4 orang peserta telah menyertai Kuiz online yang dijalankan.

  • Para peserta telah menjawab kesemua soalan yang disediakan oleh petugas PEDi.

     

Gambar disini

Tarikh : 01 Februari 2023
Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : PEDi Kg Gemang
Peserta : Wanita

Tujuan

  • Membantu dan membimbing pengguna dalam membuat permohonan untuk Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (Tabika KEMAS)

Aktiviti

  • Petugas memberi penerangan kepada pengguna tentang cara penggunaan komputer di Workstation Area. 

  • Petugas membantu pengguna mengakses internet dan membuat persiapan untuk pengguna log masuk ke laman web KEMAS untuk membuat permohonan

  • Pengguna dapat mengakses internet dan berjaya membuat permohonan.

Gambar disini

Tarikh : 01 Februari 2023
Masa : 3.00petang-4.00petang
Lokasi : PEDi Kg Gemang
Peserta : pelajar sekolah

Tujuan

  • Memberi pendedahan dan penerangan tentang formula asas yang perlu dipelajari oleh para peserta supaya dapat menggunakan Microsoft Office Excel dengan betul.
  • Menarik minat para peserta dalam mempelajari matematik dengan menggunakan MS Excel.

Aktiviti

  • Para peserta diberi penerangan oleh petugas tentang formula asas yang perlu diketahui oleh para peserta.
  • Petugas menerangkan cara penggunaan formula asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi dalam bentuk soalan matematik.
  • Para peserta diberikan sesi amali dengan melengkapkan semua soalan matematik yang disediakan oleh petugas.

Gambar disini

Tarikh : 24 Januari 2023
Masa : 12.00 tengahari - 1.00 petang
Lokasi : PEDi Kg Gemang
Peserta : Pelajar Sekolah 

Tujuan

  • Mengetahui tahap pengetahuan peserta tentang perkakasan komputer dan keberkesanan Kelas Celik IT kepada peserta serta membantu para petugas menambaik proses pengajaran dan pembelajaran pada kelas yang akan datang.

Aktiviti

  • Kuiz online diadakan secara atas talian melalui quizizz.
  • Peserta telah menjawab kesemua 7 soalan yang disediakan oleh petugas PEDi.

Gambar disini