Tarikh | : | 10 November 2022 |
Masa | : | 4.00petang- 5.00petang |
Lokasi | : | PEDi Kg Gemang |
Peserta | : | Pelajar Sekolah |
Tujuan
- Memberi penerangan tentang perkakasan komputer dan fungsi-fungsinya.
- Membimbing para peserta dalam mengenal dan menggunakan perkakasan komputer dengan betul.
- Memberi pendedahan tentang cara untuk menggunakan Google dan fungsi pencarian (search) dalam mencari maklumat, gambar dan video melalui Google.
Aktiviti
- Petugas memberi penerangan tentang perkakasan komputer dan fungsi setiap perkakasan komputer.
- Para peserta dibimbing oleh petugas dalam menggunakan perkakasan komputer seperti tetikus,keyboard, dan sebagainya dengan betul.
- Para peserta diberikan sesi soal jawab tentang perkakasan komputer bagi memastikan para peserta mengenali setiap perkakasan komputer dengan betul.
- Petugas juga memberi penerangan tentang Google dan penggunaannya dalam mencari maklumat.
- Para peserta dibimbing untuk menggunakan Google dan membuat pencarian maklumat, gambar dan video menerusi Google.
- Para peserta diberi latihan amali dengan menggunakan topik kartun Upin Ipin dalam pencarian maklumat, gambar dan video menerusi Google