Tarikh | : | 21 Mei 2024 |
Masa | : | 12.00 tengahari - 1.00 petang |
Lokasi | : | NADI Kg Gemang |
Peserta | : | Usahawan |
Tujuan
- Memberi penerangan secara atas talian kepada usahawan tentang cara untuk membuat Chat Broadcast di Shopee yang mana memudahkan usahawan untuk promote sales produk kepada para pelanggan.
Aktiviti
- Kelas diadakan secara atas talian.
- Petugas memberi penerangan kepada usahawan tentang cara membuat Chat Broadcast di Shopee yang mana usahawan tidak lagi perlu menghantar secara manual satu persatu iklan sales kepada pelanggan.
- Usahawan diminta membuat Chat Broadcast di kedai Shopee sambil dibantu oleh petugas.
- Usahawan berjaya membuat Chat Broadcast dengan baik.
Tarikh | : | 15 Mei 2024 |
Masa | : | 10.00 pagi - 11.00 pagi |
Lokasi | : | NADI Kg Gemang |
Peserta | : | Pelajar |
Tujuan
- Memberi pendedahan tentang Klik Dengan Bijak (KDB) kepada para pelajar UMK Jeli dengan menekankan topik Oversharing.
Aktiviti
- Petugas memberi penerangan tentang Klik Dengan Bijak dengan topik Oversharing kepada para pelajar UMK Jeli.
- Petugas turut mengadakan sesi soal jawab bersama para pelajar tentang aktiviti oversharing di media sosial dan keburukan aktiviti oversharing kepada mereka.
Tarikh | : | 15 Mei 2024 |
Masa | : | 8.00 pagi - 9.00 pagi |
Lokasi | : | NADI Kg Gemang |
Peserta | : | Pelajar |
Tujuan
- Memberi pendedahan dan penerangan tentang NADI dan tujuan NADI ditubuhkan kepada para pelajar UMK Jeli.
- Mengetahui tahap keberkesanan taklimat Pengenalan NADI dan kefahaman para pelajar melalui kuiz secara atas talian.
Aktiviti
- Petugas memberi penerangan dengan jelas tentang NADI dan latar belakang NADI.
- Petugas juga turut menerangkan tentang perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di NADI.
- Para peserta didedahkan tentang NADI Kluster Jeli dan program-program yang telah dilaksanakan di NADI.
- Para pelajar UMK Jeli diberikan sesi untuk menjawab soalan kuiz online yang disediakan oleh petugas.
Tarikh | : | 15 Mei 2024 |
Masa | : | 9.00 pagi - 10.00 pagi |
Lokasi | : | NADI Kg Gemang |
Peserta | : | Pelajar |
Tujuan
- Memberi penerangan dan bimbingan kepada para pelajar UMK Jeli dalam mempertingkatkan kemahiran mereka dalam menulis resume yang baik.
- Merupakan program kerjasama bersama Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli.
Aktiviti
- Petugas memberi penerangan yang terperinci tentang teknik penulisan resume yang baik dan perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa menulis resume.
- Petugas mengadakan sesi soal jawab dengan para pelajar UMK Jeli berkaitan dengan resume.
- Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan tugas serta aktiviti yang berkaitan resume.
- Petugas mengadakan aktiviti yang menarik minat para pelajar untuk memahami lebih baik tentang teknik penulisan resume.
Tarikh | : | 8 Mei 2024 |
Masa | : | 5.00 petang - 6.00 petang |
Lokasi | : | NADI Kg Gemang |
Peserta | : | Pelajar Sekolah |
Tujuan
- Memberi latihan kepada para peserta untuk menaip dengan betul dan pantas serta melatih diri untuk menaip ayat dengan betul dan tepat.
Aktiviti
- Petugas memberi penerangan tentang cara untuk menaip dan kepentingan menaip dengan pantas.
- Para peserta diberikan sesi untuk latihan menaip.
- Para peserta diberikan sesi menjawab ujian menaip secara atas talian untuk mengetahui tahap kepantasan mereka menaip.