Tarikh | : | 15 Mei 2024 |
Masa | : | 9.00 pagi - 10.00 pagi |
Lokasi | : | NADI Kg Gemang |
Peserta | : | Pelajar |
Tujuan
- Memberi penerangan dan bimbingan kepada para pelajar UMK Jeli dalam mempertingkatkan kemahiran mereka dalam menulis resume yang baik.
- Merupakan program kerjasama bersama Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli.
Aktiviti
- Petugas memberi penerangan yang terperinci tentang teknik penulisan resume yang baik dan perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa menulis resume.
- Petugas mengadakan sesi soal jawab dengan para pelajar UMK Jeli berkaitan dengan resume.
- Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan tugas serta aktiviti yang berkaitan resume.
- Petugas mengadakan aktiviti yang menarik minat para pelajar untuk memahami lebih baik tentang teknik penulisan resume.