Tarikh : 04 Julai 2024
Masa : 3.30 petang - 4.30 petang 
Lokasi : NADI Kg Gemang
Peserta : Pelajar sekolah

Tujuan

  • Memberi penerangan dan pendedahan kepada para peserta tentang perkakasan komputer dan fungsi-fungsinya.
  • Memberi penerangan dan latihan tentang cara menggunakan perkakasan komputer dengan betul.

Aktiviti

  • Para peserta diberi penerangan tentang perkakasan komputer dan fungsinya.
  • Para peserta diberi penerangan cara menggunakan perkakasan komputer dengan betul.
  • Para peserta diberi latihan amali tentang cara menggunakan perkakasan komputer.

Gambar disini

Tarikh : 03 Julai 2024
Masa : 5.00 petang - 6.00 petang 
Lokasi : NADI Kg Gemang
Peserta : Pelajar sekolah

Tujuan

  • Memberi pendedahan asas kepada para peserta tentang penggunaan PAINT 3D dan menarik minat para peserta untuk mewarna lukisan kegemaran mereka dengan menarik.

Aktiviti

  • Petugas memberi penerangan yang jelas tentang PAINT 3D dan cara penggunaannya.
  • Para peserta diberikan sesi untuk mencari lukisan kegemaran mereka dalam talian dan mewarna lukisan tersebut dengan menggunakan Paint 3D.
  • Para peserta berjaya mewarna lukisan mereka.

Gambar disini

Tarikh : 14 Jun 2024
Masa : 4.00 petang - 5.00 petang 
Lokasi : NADI Kg Gemang
Peserta : Usahawan

Tujuan

  • Memberi penerangan dan bimbingan kepada usahawan tentang shopee dan cara mendaftar akaun shopee.
  • Memberi penerangan tentang cara-cara membuka akaun shopee dan membina kedai shopee yang menarik.

Aktiviti

  • Usahawan diberi penerangan tentang shopee dan cara-cara mendaftar serta membina kedai shopee.
  • Usahawan diberi penerangan tentang maklumat penting yang perlu dilengkapkan.
  • Usahawan dibimbing oleh petugas dalam menyiapkan kedai shopee untuk jualan produk mereka.

Gambar disini

Tarikh : 14 Jun 2024
Masa : 5.00 petang - 6.00 petang 
Lokasi : NADI Kg Gemang
Peserta : Usahawan

Tujuan

  • Memberi bimbingan kepada usahawan untuk membuat logo bisnes dengan menggunakan Canva.

Aktiviti

  • Petugas memberi penerangan tentang fungsi Canva kepada usahawan.
  • Petugas membimbing usahawan untuk membuat logo bisnes madu kelulut Hidayah Honey.
  • Usahawan berjaya membuat logo bisnes dengan menggunakan Canva dan memuatnaik ke dalam kedai shopee beliau.

Gambar disini

Tarikh : 14 Jun 2024
Masa : 11.30 pagi - 12.30 tengahari 
Lokasi : NADI Kg Gemang
Peserta : Pelajar sekolah

Tujuan

  • Memberi pendedahan dan pengenalan kepada peserta cilik yang berumur 6 tahun tentang nombor, bentuk dan warna yang perlu diketahui oleh peserta.

Aktiviti

  • Peserta diberikan penerangan tentang nombor, bentuk dan warna dengan terperinci.
  • Peserta diberikan sesi menjawab soalan di Wordwall.

Gambar disini