Tarikh : 6 Oktober 2023
Masa : 11.30 pagi - 12.30 tengahari 
Lokasi : PEDi Kg Gemang
Peserta : Pelajar Sekolah

Tujuan

  • Memberi bimbingan dan tunjuk ajar tentang matapelajaran Sains dan Bahasa Inggeris kepada para peserta.
  • Menarik minat para peserta untuk belajar dan meningkatkan kemahiran menjawab soalan kuiz Sains dan Bahasa Inggeris secara atas talian.

Aktiviti

  • Para peserta menjawab semua soalan kuiz yang diberikan dalam tempoh masa yang diberikan.
  • Petugas membantu dan menerangkan cara menjawab soalan dengan betul.
  • Para peserta berjaya menjawab semua soalan sambil dibantu oleh petugas.

Gambar disini

Tarikh : 6 Oktober 2023
Masa : 10.30 pagi - 11.30 pagi 
Lokasi : PEDi Kg Gemang
Peserta : Pelajar Sekolah

Tujuan

  • Memberi peluang kepada para peserta untuk memahami bagaimana proses penyerapan dan penyebaran air berlaku pada kertas dengan menggunakan model bunga kertas.
  • Membimbing para peserta untuk memahami dan membuat pemerhatian yang teliti proses penyerapan dan penyebaran air yang berlaku dengan melihat pada proses pergerakan bunga kertas membuka kelopak bunganya.

Aktiviti

  • Petugas memberi penerangan tentang apa itu proses penyerapan dan penyebaran air.
  • Petugas memberi penerangan tentang bagaimana untuk membuat bunga kertas dan cara untuk melipat kelopak bunganya.
  • Petugas menunjukkan cara untuk membuat bunga kertas membuka kelopak bunganya dengan meletakkan bunga kertas pada air.
  • Para peserta diberikan sesi untuk mengaplikasikan topik pembelajaran dengan meletakkan bunga kertas masing - masing.
  • Para peserta membuat pemerhatian pada pergerakan kelopak bunga kertas terbuka.
  • Para petugas membantu para peserta menjayakan eksperimen bunga kertas mereka.

Gambar disini

Tarikh : 15 September 2023
Masa : 11.30 pagi - 12.30 tengahari 
Lokasi : PEDi Kg Gemang
Peserta : Pelajar Sekolah

Tujuan

  • Memberi peluang kepada para peserta untuk memahami bagaimana elektrik statik dihasilkan apabila terdapat cas elektrik yang berlainan pada dua permukaan benda yang berbeza.
  • Membimbing para peserta untuk memahami dan membuat pemerhatian bagaimana belon yang telah bertukar cas elektron negatif selepas berlakunya geseran pada kain atau rambut peserta dapat membolehkan belon itu menarik tisu ke arahnya.

Aktiviti

  • Petugas memberi penerangan tentang apa itu elektrik statik atau elektrostatik.
  • Petugas memberi penerangan tentang bagaimana cas elektrik positif bertukar kepada negatif apabila berlaku geseran pada permukaan benda.
  • Petugas menunjukkan cara menggunakan belon untuk menarik tisu ke arah belon setelah belon digeserkan pada kain.
  • Para peserta diberikan sesi untuk menghasilkan elektrik statik dengan menggunakan belon dan tisu.
  • Para peserta membuat pemerhatian pada pergerakan tisu ke belon.
  • Para petugas membantu para peserta untuk membuat eksperimen elektrik statik sehingga berjaya.

Gambar disini

Tarikh : 20 September 2023
Masa : 4.30 petang - 5.30 petang 
Lokasi : PEDi Kg Gemang
Peserta : Pelajar Sekolah

Tujuan

  • Memberi peluang kepada para peserta untuk memahami bagaimana rintangan angin berlaku dan bagaimana kapal terbang itu berfungsi serta terbang dengan baik.

Aktiviti

  • Petugas memberi penerangan tentang tujuan membuat Straw plane dengan lebih jelas.
  • Petugas memberi penerangan tentang bagaimana rintangan angin berlaku dengan membuat gelung kertas yang besar di bahagian belakang dan gelung kertas yang kecil di bahagian depan.
  • Para peserta dapat menghasilkan Straw Plane dengan baik.
  • Para peserta diberikan sesi untuk menerbangkan Straw Plane masing- masing.
  • Para peserta membuat pemerhatian pada pergerakan kapal terbang Straw dan kelajuannya.

Gambar disini

 

Tarikh : 15 September 2023
Masa : 9.30 pagi - 11.30 pagi 
Lokasi : PEDi Kg Gemang
Peserta : Pelajar Sekolah

Tujuan

  • Memberi latihan softskill kepada para peserta iaitu kemahiran menyelesaikan masalah yang mana memerlukan para peserta membuat pemerhatian yang sangat teliti untuk mencari kata kunci Hari Malaysia yang tersembuyi.
  • Memupuk kemahiran menyelesaikan masalah dengan cepat dan tepat.

Aktiviti

  • Petugas memberi penerangan tentang Hari Malaysia dan mengadakan sesi soalan jawab bersama para peserta.
  • Petugas memberi penerangan tentang cara menjawab Wordsearch Hari Malaysia.
  • Setiap peserta perlu mencari katakunci Merdeka dan menyelesaikan dengan cepat dan tepat.
  • Pemenang ditentukan berdasarkan tempoh masa peserta menyelesaikan Wordsearch yang cepat dan jawapan yang betul.

Gambar disini