Tarikh : 15 September 2023
Masa : 11.30 pagi - 12.30 tengahari 
Lokasi : PEDi Kg Gemang
Peserta : Pelajar Sekolah

Tujuan

  • Memberi peluang kepada para peserta untuk memahami bagaimana elektrik statik dihasilkan apabila terdapat cas elektrik yang berlainan pada dua permukaan benda yang berbeza.
  • Membimbing para peserta untuk memahami dan membuat pemerhatian bagaimana belon yang telah bertukar cas elektron negatif selepas berlakunya geseran pada kain atau rambut peserta dapat membolehkan belon itu menarik tisu ke arahnya.

Aktiviti

  • Petugas memberi penerangan tentang apa itu elektrik statik atau elektrostatik.
  • Petugas memberi penerangan tentang bagaimana cas elektrik positif bertukar kepada negatif apabila berlaku geseran pada permukaan benda.
  • Petugas menunjukkan cara menggunakan belon untuk menarik tisu ke arah belon setelah belon digeserkan pada kain.
  • Para peserta diberikan sesi untuk menghasilkan elektrik statik dengan menggunakan belon dan tisu.
  • Para peserta membuat pemerhatian pada pergerakan tisu ke belon.
  • Para petugas membantu para peserta untuk membuat eksperimen elektrik statik sehingga berjaya.

Gambar disini