Terdapat juga kawasan rekreasi dan perlancongan di Kampung Gemang yang boleh dilawati dan diterokai oleh semua, iaitu:
Pintu masuk utama ke Lata Keding
Lata Keding
Lata Keding terletak yang terletak di Bukit Kudung merupakan kawasan rekreasi dan pelancongan yang utama di Kampung Gemang dan telah dikenali ramai selepas menjadi viral apabila ramai pengunjung berkongsi pengalaman mereka di media sosial. Lata Keding mempunyai keindahan alam semulajadi flora dan fauna yang sangat indah dan mempersonakan.
Infrastruktur dan keunikan Lata keding ini menarik ramai pengunjung untuk datang ke Lata Keding. Lata keding menjadi salah satu tempat rekreasi yang sesuai untuk aktiviti perkhemahan dan tempat berkelah untuk seisi keluarga. Hal ini disebabkan Lata Keding mempunyai banyak kemudahan asas yang disediakan seperti tempat letak kenderaan, laluan bertar yang mudah untuk kenderaan keluar masuk.
Selain itu, kemudahan lain seperti Restoran Laila Majnun,tandas,dewan terbuka,tapak perkhemahan,kenderaan roda 4 ATV,chalet dan glamping (Arabic Tent). Terdapat juga kolam mata air berbentuk love dan mini zoo.