PELAJAR CELIK IT 

Nama Mohamad Muizz Bin Mohd Syamsudin
Umur : 9 tahun
Ahli : 9 November 2023

 

Latar belakang

Mohamad Muizz Bin Mohd Syamsudin merupakan pelajar sekolah rendah yang berumur 9 tahun dan telah mendaftar menjadi Ahli PEDi Kg Gemang pada 9 November 2022. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum Mohamad Muizz datang belajar di PEDi Kg Gemang, dia difahamkan belum pernah belajar tentang ICT dan tiada kemahiran asas tentang komputer. Apabila mengetahui tentang PEDi yang menawarkan perkhidmatan kelas secara percuma kepada Ahli PEDi, Mohamad Muizz mengambil Tindakan untuk mendaftar ahli di PEDi Kg Gemang pada 9 November 2022 dengan tujuan ingin belajar komputer.

Mohamad Muizz diberikan pendedahan tentang perkakasan komputer, fungsi setiap perkakasan komputer dan cara penggunaannya. Pada mulanya, Mohamad Muizz tidak mengenali nama setiap perkakasan komputer dan tidak mahir menggunakan tetikus dan keyboard.

Mohamad Muizz dibimbing oleh para petugas PEDi Kg Gemang dalam menggunakan peralatan yang betul dan menaip dengan betul melalui latihan menaip Microsoft Office Word.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas Mohamad Muizz datang belajar di PEDi Kg Gemang, terdapat peningkatan yang dapat dilihat dari segi kemahirannya menggunakan peralatan komputer dengan betul.

Selain itu, terdapat peningkatan Mohamad Muizz dari segi pengetahuan asas komputer, beliau boleh mengenalpasti web browser, search engine dan Microsoft Office.

Mohamad Muizz juga mahir dalam menggunakan Google dalam mencari maklumat, gambar dan juga menyimpan gambar.

Walaupun terdapat peningkatan yang baik pada Mohamad Muizz, beliau tetap datang ke PEDi untuk belajar ICT, Kelas Microsoft Office Word, Microsoft Office Powerpoint dan Kelas Canva.

Mohamad Muizz juga bersemangat dalam  menjawab kuiz-kuiz ICT yang disediakan oleh petugas dan juga bersemangat unuk belajar secara atas talian terutamanya subjek kegemarannya iaitu subjek matematik.

Berdasarkan perubahan dan peningkatan Mohamad Muizz, ibu bapa beliau berasa sangat gembira dan selalu menghantar Mohamad Muizz untuk belajar di PEDi pada cuti sekolah.