Klinik Kesihatan Kampung Gemang
Klinik Kesihatan Kampung Gemang ini merupakan klinik utama bagi penduduk Kampung Gemang untuk mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan. Lokasi Klinik Kesihatan ini berada di sebelah Masjid Kampung Gemang. Klinik Kesihatan Kampung Gemang ini telah dinaiktaraf menjadi Klinik Kesihatan yang sebelum ini dikenali sebagai Klinik Desa Gemang.
Pintu masuk utama ke Klinik Kesihatan Kampung Gemang
Klinik Kesihatan Kampung Gemang
Jaraknya lebih kurang 2.4km dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI). Pelbagai kemudahan dan rawatan kesihatan boleh didapati seperti perkhidmatan pesakit luar, klinik bayi dan ibu mengandung, klinik kanak-kanak dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, jika penduduk menghadapi masalah kesihatan pada hari-hari cuti, mereka boleh mendapatkan rawatan di Hospital Jeli yang jaraknya lebih kurang 7km dan Klinik Kesihatan Ayer Lanas jika kecemasan yang jaraknya lebih kurang 6km.