Tarikh | : | 07 Februari 2022 |
Masa | : | 1.00petang - 5.30petang |
Lokasi | : | PEDi Kg Gemang (Training room) |
Peserta | : | Pelajar IPTA |
Tujuan
- Membantu dan membimbing peserta dalam menggunakan kemudahan internet dan komputer yang disediakan di PEDi Kg Gemang.
- Membantu dan membimbing peserta dalam menyediakan persiapan untuk menyiapkan laporan Projek Akhir Latihan Industri.
- Membantu peserta dalam menggunakan perkhidmatan atas talian iaitu laman web PTPTN bagi mendapatkan maklumat penyata baki pinjaman PTPTN dan juga cara membayar pinjaman PTPTN menerusi laman web PTPTN.
Aktiviti
- Petugas membantu peserta dalam mengakses internet untuk peserta mencari maklumat untuk laporan.
- Peserta dapat mengakses internet dan menggunakan Microsoft Office Word untuk menyiapkan laporan mengikut format yang betul.
- Petugas memberi penerangan cara mendapatkan maklumat penyata baki PTPTN dan cara membayar PTPTN secara atas talian menerusi laman web PTPTN.
- Peserta dapat membuat laporan dan mengakses maklumat penyata baki pinjaman PTPTN.
Tarikh | : | 06 Februari 2022 |
Masa | : | 3.00petang - 4.00petang |
Lokasi | : | PEDi Kg Gemang (Training room) |
Peserta | : | Pelajar IPTA |
Tujuan
- Membantu dan membimbing peserta dalam menggunakan kemudahan internet dan komputer yang disediakan di PEDi Kg Gemang.
- Membantu peserta menggunakan kemudahan internet di PEDi dengan betul.
- Membantu dan membimbing peserta dalam menyediakan persiapan untuk menyiapkan laporan Projek Akhir Latihan Industri.
Aktiviti
- Petugas membantu peserta mengakses internet dan membuat persiapan untuk menyiapkan Laporan Projek Akhir Latihan Industri.
- Peserta dapat mengakses internet dan menggunakan Microsoft Office Word untuk membuat laporan mengikut format yang betul.
Tarikh | : | 29 Januari 2022 |
Masa | : | 11.45pagi- 1.45petang |
Lokasi | : | PEDi Kg Gemang (Training room) |
Peserta | : | Usahawan PEDi |
Tujuan
- Memberi penerangan kepada para peserta tentang shopee dan cara mendaftar akaun shopee.
- Memberi penerangan tentang cara-cara membuka akaun shopee dan membina kedai shopee yang menarik.
- Membimbing dan membantu para peserta menyiapkan maklumat kedai shopee.
Aktiviti
- Para peserta diberi penerangan tentang shopee dan cara-cara mendaftar serta membina kedai shopee.
- Para peserta diberi penerangan tentang maklumat penting yang perlu dilengkapkan.
- Para peserta dibimbing oleh petugas dalam menyiapkan kedai shopee untuk jualan produk mereka.
Tarikh | : | 06 Februari 2022 |
Masa | : | 12.17tengahari- 3.00petang |
Lokasi | : | PEDi Kg Gemang (Training room) |
Peserta | : | Usahawan PEDi |
Tujuan
- Memberi penerangan kepada para peserta tentang maklumat penting yang perlu dilengkapkan ketika memuatnaik produk ke dalam shopee.
- Memberi penerangan tentang cara untuk meningkatkan jumlah pengikut di kedai shopee.
- Membimbing dan membantu para peserta menyiapkan maklumat produk dan memuatnaik produk shopee
Aktiviti
- Para peserta diberi penerangan tentang cara memuatnaik produk ke dalam shopee.
- Para peserta diberi penerangan tentang maklumat penting yang perlu dilengkapkan untuk memuatnaik produk ke dalam shopee.
- Para peserta dibimbing oleh petugas dalam menyiapkan kemaskini produk shopee.
- Para peserta dibantu dan dibimbing oleh petugas dalam kemaskini produk jualan dan meningkatkan pengikut di kedai shopee mereka.
Tarikh | : | 28 Januari 2022 |
Masa | : | 3.00petang- 5.30petang |
Lokasi | : | PEDi Kg Gemang (Training room) |
Peserta | : | Pelajar sekolah |
Tujuan
- Memberi penerangan kepada para peserta tentang Microsoft Office Word dalam membina dokumen (karangan/petikan).
- Memberi latihan dan bimbingan kepada para peserta dalam pembelajaran menaip petikan dengan betul dan pantas.
Aktiviti
- Para peserta diberi penerangan tentang cara dan proses untuk menaip dengan betul.
- Para peserta diberi petikan untuk dijadikan sebagai rujukan untuk menaip menggunakan Microsoft Office Word.
- Para peserta diberi latihan amali menaip dengan betul dengan bimbingan para petugas.