Tarikh | : | 20 Jun 2022 |
Masa | : | 11.00pagi - 1.00petang |
Lokasi | : | PEDi Kg Gemang |
Peserta | : | Wanita |
Tujuan
- Memberi penerangan dan pendedahan kepada peserta tentang perkakasan komputer dan fungsi-fungsinya.
- Memberi penerangan dan latihan tentang cara menggunakan perkakasan komputer dengan betul.
- Memberi penerangan dan bimbingan kepada peserta dalam menggunakan Microsoft Office Word dengan betul.
Aktiviti
- Peserta diberi penerangan tentang perkakasan komputer dan fungsinya.
- Peserta diberi penerangan cara menggunakan perkakasan komputer dengan betul.
- Peserta diberi latihan amali tentang cara menggunakan Microsoft Office Word dengan betul.
Tarikh | : | 18 Jun 2022 |
Masa | : | 4.00 petang - 5.00petang |
Lokasi | : | PEDi Kg Gemang |
Peserta | : | Belia dan Dewasa |
Tujuan
- Memberi pendedahan tentang PEDi dan juga perkhidmatan PEDi menerusi sesi soal jawab kuiz PEDi Bersama komuniti setempat.
Aktiviti
- Kuiz terbuka PEDi diadakan semasa Program PEDi Bersama YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed.
- Kuiz terbuka PEDi yang diadakan terbuka kepada para peserta yang hadir.
- Sesi soal jawab Kuiz terbuka PEDi diketuai oleh Ketua Kluster PEDi daerah Jeli.
Tarikh | : | 10 Jun 2022 |
Masa | : | 3.00 petang - 4.30 petang |
Lokasi | : | PEDi Kg Gemang |
Peserta | : | pelajar sekolah |
Tujuan
- Membimbing peserta dalam menyertai kelas pembelajaran secara atas talian iaitu matapelajaran matematik yang memberi fokus kepada sifir dan pecahan.
- Merupakan Program kerjasama dengan VBrain yang memberi peluang kepada peserta sekolah dari tahun 4,5 & 6.
Aktiviti
- Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang cara menyertai kelas secara atas talian dan cara menggunakan aplikasi Zoom.
- Peserta memberi perhatian sepenuhnya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran secara atas talian.
- Peserta menjawab semua soalan kuiz matematik yang diberikan oleh cikgu.
- Peserta Berjaya mengikuti Kelas Bijak Matematik secara atas talian dengan jayanya.
Tarikh | : | 17 Jun 2022 |
Masa | : | 5.00 petang - 6.45petang |
Lokasi | : | PEDi Kg Gemang |
Peserta | : | Usahawan PEDi |
Tujuan
- Memberi pendedahan kepada usahawan tentang Shopee Ads dan cara membuat Shopee Ads dengan betul.
Aktiviti
- Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang Shopee Ads dan fungsi penggunaannya dalam Shopee.
- Petugas memberi penerangan cara-cara membuat Shopee Ads dengan betul.
- Peserta dibimbing oleh petugas dalam membuat Shopee Ads.
- Peserta dapat membuat Shopee Ads dengan jayanya.
Tarikh | : | 9 Jun 2022 |
Masa | : | 8.45 pagi - 9.45 pagi |
Lokasi | : | PEDi Kg Gemang |
Peserta | : | pelajar sekolah |
Tujuan
- Membantu pengguna menggunakan kemudahan internet di PEDi dengan betul.
- Membantu dan membimbing pengguna dalam menyediakan persiapan untuk menduduki peperiksaan online iaitu Peperiksaan MEdSI.
Aktiviti
- Petugas memberi penerangan kepada pengguna tentang cara penggunaan kemudahan internet di Workstation Area.
- Petugas membantu pengguna mengakses internet dan membuat persiapan untuk pengguna menjawab peperiksaan.
- Pengguna dapat mengakses internet dan menjawab peperiksaan MEdSI.
- Pengguna dapat menjawab ujian peperiksaan atas talian sehingga selesai.