Tarikh : 2 Ogos 2022
Masa : 4.30petang - 6.30petang
Lokasi : PEDi Kg Gemang
Peserta : Pelajar Sekolah

Tujuan

  • Merupakan Pertandingan sempena Hari Bersama Komuniti PEDi Kg Gemang.
  • Memberi peluang kepada para peserta bertanding mewarna secara online.

Aktiviti

  • Pertandingan mewarna (online) diadakan bertemakan merdeka yang disertai oleh para pelajar sekolah rendah.
  • Para pelajar dikehendaki mewarna dengan betul berpandukan contoh gambar di layar skrin.
  • Hanya 3 pemenang yang dipilih.

Gambar disini

Tarikh : 2 Ogos 2022
Masa : 3.30petang - 4.30petang
Lokasi : PEDi Kg Gemang
Peserta : Pelajar Sekolah

Tujuan

  • Memberi penerangan dan pendedahan kepada para peserta tentang perkakasan komputer dan fungsi-fungsinya.
  • Memberi penerangan dan latihan tentang cara menggunakan perkakasan komputer dengan betul.
  • Memberi pendedahan kepada Microsoft Office Word kepada para peserta.

Aktiviti

  • Para peserta diberi penerangan tentang perkakasan komputer dan fungsinya.
  • Para peserta diberi penerangan cara menggunakan perkakasan komputer dengan betul.
  • Para peserta diberi latihan amali tentang cara menggunakan perkakasan komputer.
  • Para peserta dibimbing oleh petugas dalam menaip dengan betul menggunakan Microsoft Office Word.

Gambar disini

Tarikh : 2 Ogos 2022
Masa : 9.30pagi - 11.30pagi
Lokasi : PEDi Kg Gemang
Peserta : Warga Emas dan Dewasa

Tujuan

  • Memberi fokus kepada pembelajaran ICT untuk golongan warga emas dan dewasa.
  • Memberi pededahan dan penerangan tentang perkakasan komputer, fungsi setiap perkakasan komputer dan cara penggunaan yang betul bagi setiap perkakasan komputer
  • Para peserta didedahkan dan diajar cara menaip dengan menggunakan Microsoft Office Word.

Aktiviti

  • Petugas memberi penerangan tentang Kelas Celik Digital dan objektif kelas warga emas diadakan untuk para peserta warga emas dan dewasa.
  • Petugas memberi penerangan tentang perkakasan komputer dan fungsi bagi setiap perkakasan komputer tersebut.
  • Para peserta dibimbing oleh petugas cara untuk menggunakan perkakasan komputer dengan betul.
  • Para peserta juga diberikan pendedahan tentang Microsoft Office Word.
  • Para peserta dibimbing oleh petugas dalam latihan amali menaip dengan betul.

Gambar disini

Tarikh : 2 Ogos 2022
Masa : 11.30pagi - 12.30tengahari
Lokasi : PEDi Kg Gemang
Peserta : Warga Emas dan Dewasa

Tujuan

  • Menguji tahap pengetahuan para peserta tentang hasil pembelajaran dalam Kelas Celik Digital melalui Kuiz online.
  • Mengetahui hasil keberkesanan Kelas Celik Digital kepada para peserta.

Aktiviti

  • Kuiz online diadakan secara atas talian melalui link Quizizz.
  • Seramai 3 orang peserta telah menyertai Kuiz online Microsoft Office Word yang telah dijalankan.
  • Para peserta telah menjawab kesemua soalan yang disediakan oleh petugas PEDi.
  • Kuiz online yang dijalankan menggunakan Quizizz menarik minat para peserta menjawab soalan dengan betul dan pantas.

Gambar disini

Tarikh : 1 Ogos 2022
Masa : 5.00petang - 6.00petang
Lokasi : PEDi Kg Gemang
Peserta : Pelajar Sekolah

Tujuan

  • Merupakan Pertandingan sempena Hari Bersama Komuniti PEDi Kg Gemang.
  • Pertandingan Silang Kata ini diadakan bertujuan memberi pendedahan tentang PEDi kepada para peserta bagi membolehkan para peserta lebih mengenali PEDi dengan lebih dekat.

Aktiviti

  • Para peserta diberikan soalan silang kata yang bertajuk “Kenali PEDi”.
  • Pertandingan diadakan di bilik latihan yang disertai oleh 9 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah.
  • Hanya 3 pemenang dipilih.

Gambar disini