Tarikh | : | 22 Julai 2023 |
Masa | : | 3.00 petang - 4.00 petang |
Lokasi | : | PEDi Kg Gemang |
Peserta | : | Pelajar Sekolah |
Tujuan
- Menguji tahap pengetahuan para peserta yang belum mengenal abjad dengan menjawab kuiz huruf A hingga Z dengan betul.
Aktiviti
- Kuiz online diadakan secara atas talian melalui quizizz.
- Seramai 6 orang peserta telah menyertai Kuiz online yang dijalankan.
- Para peserta telah menjawab kesemua soalan yang disediakan oleh petugas PEDi.
Tarikh | : | 21 Julai 2023 |
Masa | : | 11.30 pagi - 12.30 tengahari |
Lokasi | : | PEDi Kg Gemang |
Peserta | : | Pelajar Sekolah |
Tujuan
- Memberi fokus kepada pendedahan dan kesedaran tentang aktiviti yang tidak digalakkan di media sosial.
- Memberi kesedaran kepada para peserta tentang topik “Oversharing”, Buli Siber dan Maklumat Palsu.
- Mengetahui tahap kesedaran para peserta melalui kuiz KDB.
Aktiviti
- Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang pengenalan kepada Klik Dengan Bijak.
- Petugas memberi penerangan tentang aktiviti yang tidak digalakkan di media sosial.
- Memberi kesedaran dan penerangan yang jelas kepada para peserta tentang topik “Oversharing”, Buli Siber dan Maklumat Palsu.
- Para peserta diberikan tontonan video KDB untuk memberi gambaran yang jelas tentang aktiviti- aktiviti yang berlaku di media sosial.
- Petugas mengenalpasti tahap keberkesanan Kelas Advokasi yang dijalankan.
Tarikh | : | 15 Julai 2023 |
Masa | : | 10.00 pagi - 11.00 pagi |
Lokasi | : | PEDi Kg Gemang |
Peserta | : | Usahawan |
Tujuan
- Membantu usahawan PEDi yang mana mempunyai masalah tidak boleh akses Tiktok & Password disebabkan lupa kata laluan.
Aktiviti
- Peserta diberikan penerangan tentang cara untuk membuat kata laluan yang baru untuk akaun Tiktok dan Facebook.
- Petugas membimbing peserta untuk membuat katalaluan yang baru.
- Peserta berjaya akses Tiktok & Facebook miliknya dengan jayanya.
Tarikh | : | 15 Julai 2023 |
Masa | : | 11.30 pagi - 12.30 tengahari |
Lokasi | : | PEDi Kg Gemang |
Peserta | : | Pelajar Sekolah |
Tujuan
- Memberi pendedahan kepada para peserta tentang pengenalan asas Google dan fungsi-fungsinya.
- Memberi pendedahan tentang cara untuk menggunakan Google dan fungsi pencarian (search) dalam mencari maklumat, gambar dan video melalui Google.
Aktiviti
- Petugas memberi penerangan tentang pengenalan google dan fungsi-fungsi Google kepada para peserta.
- Para peserta dibimbing untuk menggunakan Google dan membuat pencarian maklumat, gambar dan video menerusi Google.
- Para peserta diberi latihan amali dengan menggunakan topik kartun Doraemon dan Upin ipin dalam pencarian maklumat, gambar dan video menerusi Google.
- Para peserta dibimbing oleh petugas dalam membuat pencarian di Google.
Tarikh | : | 14 Julai 2023 |
Masa | : | 5.00 petang - 6.00 petang |
Lokasi | : | PEDi Kg Gemang |
Peserta | : | Pelajar Sekolah |
Tujuan
- Merupakan inisiatif para petugas dan permintaan ibubapa para peserta untuk membantu para peserta yang belum pandai mengenal abjad dan sebutan sukukata yang betul.
Aktiviti
- Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang abjad dan sukukata.
- Para peserta diberikan sesi soal jawab dengan petugas untuk mengenalpasti tahap kefahaman mereka tentang abjad dan sukukata.
- Para peserta diberikan soalan tentang huruf dan sukukata untuk dijawab.