Tarikh | : | 4 Disember 2023 |
Masa | : | 2.30 petang - 3.30 petang |
Lokasi | : | PEDi Kg Gemang |
Peserta | : | Pelajar Sekolah |
Tujuan
- Membimbing peserta dalam menyiapkan tugasan kerja sekolah iaitu Rekod Bacaan Murid dengan menggunakan MS Word.
Aktiviti
- Peserta menerangkan tugasan kerja sekolah yang perlu disiapkan kepada petugas.
- Petugas memberi penerangan yang jelas tentang MS Word kepada peserta dalam membuat tugasan sekolah tersebut.
- Memberi penerangan tentang cara menaip menggunakan keyboard dengan betul.
- Peserta menaip maklumat Rekod Bacaan Murid sambil dibantu oleh petugas.
Tarikh | : | 4 Disember 2023 |
Masa | : | 9.30 pagi - 11.30 pagi |
Lokasi | : | PEDi Kg Gemang |
Peserta | : | Usahawan |
Tujuan
- Memberi bimbingan kepada usahawan dalam menggunakan aplikasi Tiktok Seller dengan betul.
- Memberi penerangan cara membuat pendaftaran akaun Tiktok Seller.
Aktiviti
- Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tujuan penggunaan aplikasi Tiktok dan Tiktok Seller dalam meningkatkan perniagaan atas talian.
- Peserta dibimbing oleh petugas dalam membuat pendaftaran akaun Tiktok Seller dengan betul.
- Peserta dibantu oleh petugas dalam mendaftar Tiktok Seller.
Tarikh | : | 17 November 2023 |
Masa | : | 10.30 pagi - 11.30 pagi |
Lokasi | : | PEDi Kg Gemang |
Peserta | : | Pelajar Sekolah |
Tujuan
- Merupakan pertandingan sempena Mini Hari Terbuka Bersama Komuniti PEDi Kg Gemang.
- Memberi peluang para peserta melakukan aktiviti STEM menerusi kaedah pertandingan yang mana memerlukan setiap kumpulan untuk membina Menara Straw dengan menggunakan Straw dan sellotape sahaja.
- Pemenang dipilih dari segi kriteria Menara Straw yang paling kukuh dan tinggi.
Aktiviti
- Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang syarat pertandingan Straw Tower secara berkumpulan.
- Petugas memberi dua peralatan sahaja untuk membina Menara Straw iaitu straw dan sellotape.
- Para peserta diberikan tempoh masa untuk menyiapkan Menara Straw mereka.
- Pemenang dipilih berdasarkan kriteria Menara Straw perlu kukuh dan tinggi.
Tarikh | : | 23 November 2023 |
Masa | : | 5.00 petang - 6.00 petang |
Lokasi | : | PEDi Kg Gemang |
Peserta | : | Pelajar Sekolah |
Tujuan
- Memberi peluang kepada para peserta untuk memahami bagaimana elektrik statik dihasilkan apabila terdapat cas elektrik yang berlainan pada dua permukaan benda yang berbeza.
- Membimbing para peserta untuk memahami dan membuat pemerhatian bagaimana belon yang telah bertukar cas elektron negatif selepas berlakunya geseran pada kain atau rambut peserta dapat membolehkan belon itu menarik tisu ke arahnya
Aktiviti
- Petugas memberi penerangan tentang apa itu elektrik statik atau elektrostatik.
- Petugas memberi penerangan tentang bagaimana cas elektrik positif bertukar kepada negatif apabila berlaku geseran pada permukaan benda.
- Petugas menunjukkan cara menggunakan belon untuk menarik tisu ke arah belon setelah belon digeserkan pada kain. Para peserta diberikan sesi untuk menghasilkan elektrik statik dengan menggunakan belon dan tisu.
- Para peserta membuat pemerhatian pada pergerakan tisu ke belon.
- Para petugas membantu para peserta untuk membuat eksperimen elektrik statik sehingga berjaya.
Tarikh | : | 17 November 2023 |
Masa | : | 10.00 pagi - 11.30 pagi |
Lokasi | : | PEDi Kg Gemang |
Peserta | : | Pelajar Sekolah |
Tujuan
- Merupakan pertandingan sempena Mini Hari Terbuka Bersama Komuniti PEDi Kg Gemang.
- Menarik minat para pengunjung untuk aktif menyertai pertandingan Gali Coklat yang mana memerlukan para pengunjung untuk menggali coklat tanpa menggunakan deria penglihatan.
Aktiviti
- Petugas memberi penerangan tentang syarat pertandingan kepada para peserta.
- Pertandingan Gali Coklat diadakan secara terbuka kepada semua pengunjung yang hadir ke program.
- Setiap peserta diberikan peluang 1 kali sahaja untuk menggali coklat.
- Hanya 3 pemenang dipilih berdasarkan jumlah coklat yang digali oleh peserta.