Tarikh : 3 Mac 2024
Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengahari 
Lokasi : NADI Kg Gemang
Peserta : Pelajar 

Tujuan

  • Memberi bimbingan dan tunjuk ajar tentang matapelajaran Matematik iaitu topik pengiraan Darab yang betul kepada para peserta.
  • Menarik minat para peserta untuk belajar dan meningkatkan kemahiran menjawab soalan Matematik dengan kuiz - kuiz matematik secara atas talian.

Aktiviti

  • Para peserta menjawab semua soalan kuiz matematik yang diberikan dalam tempoh masa yang diberikan.
  • Petugas membantu dan menerangkan cara menjawab soalan dengan betul.
  • Para peserta berjaya menjawab semua soalan matematik sambil dibantu oleh petugas.

Gambar disini

Tarikh : 3 Mac 2024
Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi 
Lokasi : NADI Kg Gemang
Peserta : Pelajar 

Tujuan

  • Menguji tahap pengetahuan para peserta tentang PEDi melalui Kuiz Pengetahuan Am PEDi.

Aktiviti

  • Kuiz online diadakan secara atas talian melalui quizizz.
  • Seramai 8 orang peserta telah menyertai Kuiz online yang dijalankan.
  • Para peserta telah menjawab kesemua 17 soalan yang disediakan oleh petugas PEDi.

Gambar disini

Tarikh : 14 Februari 2024
Masa : 11.30 pagi -12.30 tengahari 
Lokasi : PEDi Kg Gemang
Peserta : Pelajar 

Tujuan

  • Memberi peluang kepada para peserta untuk memahami bagaimana seekor katak menghasilkan tenaga keupayaan elastik kepada tenaga kinetik yang mana membolehkan seekor katak untuk melompat.
  • Menarik minat para peserta untuk belajar mendalami sains dan berfikir lebih mendalam tentang sesuatu topik.

Aktiviti

  • Petugas membimbing para peserta membuat model katak dengan menggunakan sekeping kertas.
  • Petugas memberi penerangan tentang bagaimana seekor katak boleh menghasilkan tenaga keupayaan elastik kepada tenaga kinetik yang mana membolehkan seekor katak itu untuk melompat.
  • Para peserta diberikan sesi untuk membuat model katak mereka melompat.

Gambar disini

 

Tarikh : 2 Mac 2024
Masa : 3.00 petang - 4.00 petang 
Lokasi : NADI Kg Gemang
Peserta : Pelajar 

Tujuan

  • Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada para peserta tentang Kata Imbuhan dalam Bahasa Melayu.

Aktiviti

  • Petugas memberi penerangan yang jelas tentang Kata Imbuhan Bahasa Melayu.
  • Para peserta diberikan sesi menjawab soalan kuiz Kata Imbuhan secara atas talian sambil dipantau oleh petugas.
  • Para peserta berjaya menjawab semua soalan Kata Imbuhan.

Gambar disini

Tarikh : 13 Februari 2024
Masa : 3.00 petang -4.00 petang 
Lokasi : PEDi Kg Gemang
Peserta : Pelajar 

Tujuan

  • Memberi peluang kepada para peserta untuk memahami bagaimana sebuah roket itu berfungsi dan bagaimana ia terbang dengan stabil serta kepentingan sayap pada roket.

Aktiviti

  • Para petugas memberi penerangan tentang bagaimana sebuah roket berfungsi dan kepentingan sayap pada roket.
  • Para peserta dibimbing oleh para petugas untuk membuat model roket dan sayap roket dengan menggunakan kertas.
  • Para peserta diberikan sesi untuk menerbangkan roket dengan meniup udara melalui straw dengan dua sesi iaitu roket tanpa sayap dan roket dengan sayap.

Gambar disini