Tarikh | : | 2 Januari 2024 |
Masa | : | 5.00 petang - 6.00 petang |
Lokasi | : | PEDi Kg Gemang |
Peserta | : | Pelajar Sekolah |
Tujuan
- Memberi peluang kepada para peserta untuk memahami apa itu tenaga keupayaan dan tenaga kinetik serta membuat pemerhatian bagaimana bot bergerak tanpa menggunakan sebarang alatan lain untuk menggerakkannya.
Aktiviti
- Petugas memberi penerangan yang jelas tentang tenaga keupayaan dan tenaga kinetik kepada para peserta.
- Petugas menerangkan cara untuk membuat bot dengan menggunakan botol air vitagen kosong, getah dan kayu batang aiskrim serta cara untuk menggerakkan bot tersebut.
- Para peserta diberikan sesi untuk menggerakkan bot masing-masing serta membuat pemerhatian terhadap pergerakan bot yang mana menunjukkan perubahan tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik.
- Para peserta berjaya mempraktikkan topik pembelajaran menerusi Self-Paddle boat dengan jayanya.