Tarikh : 7 Oktober 2023
Masa : 3.00 petang - 4.00 petang 
Lokasi : PEDi Kg Gemang
Peserta : Pelajar Sekolah

Tujuan

  • Memberi peluang kepada para peserta untuk memahami bagaimana tenaga keupayaan melalui jumlah tekanan yang dikenakan pada beban (objek) bertukar kepada tenaga kinetik yang mana membolehkan beban yang diletakkan pada catapult bergerak laju dan jauh.
  • Menarik minat para peserta untuk membuat pemerhatian bagaimana jumlah tekanan yang diletakkan pada catapult dapat memberi kesan pada kelajuan dan jarak beban yang bergerak.

Aktiviti

  • Petugas memberi penerangan tentang apa itu tenaga keupayaan, tenaga kinetik dan jumlah tekanan pada beban.
  • Petugas memberi penerangan tentang bagaimana jumlah tekanan yang dikenakan pada beban (objek) memberi kesan pada kelajuan beban bergerak.
  • Petugas menunjukkan cara untuk membuat catapult dengan betul.
  • Para peserta diberikan sesi untuk mengaplikasikan topik pembelajaran dengan meletakkan beban pada catapult dan menekan catapult dengan kadar tekanan kuat dan lemah.
  • Para peserta membuat pemerhatian pada pergerakan beban yang dilancarkan dan kelajuan serta jarak beban bergerak.
  • Para petugas membantu para peserta menjayakan eksperimen Catapult mereka.

Gambar disini