Tarikh | : | 17 Februari 2022 |
Masa | : | 5.00petang - 6.00petang |
Lokasi | : |
PEDi Kg Gemang (Training room) |
Peserta | : | Usahawan PEDi |
Tujuan
- Memberi penerangan tentang cara-cara untuk meningkatkan jualan di shopee dengan menggunakan Shopee Ads.
- Memberi penerangan kepada para peserta tentang Search Ads dan Discovery Ads serta fungsi-fungsinya.
- Membimbing para peserta dalam membuat shopee Ads, Discovery Ads dan Baucer Kedai bagi tujuan meningkatkan jumlah jualan para peserta di shopee.
Aktiviti
- Para peserta diberikan penerangan tentang cara dan strategi jualan produk di Shopee.
- Para peserta diberi penerangan tentang Shopee Ads serta perbezaan strategi jualan menerusi Search Ads dan Discovery Ads.
- Petugas juga memberi penerangan kepada para peserta tentang cara mendapatkan jualan yang banyak dengan bajet yang minimum.
- Para peserta dibimbing oleh petugas dalam membuat Shopee Ads dan cara untuk menetapkan bajet yang minimum bagi jualan produk.
- Para peserta dapat membuat Shopee Ads dengan jayanya.